Wanita, Berhenti Letak Diri di Tempat Terakhir


Wanita…

Kadang-kadang awak terlalu sibuk jaga semua orang sampai awak lupa, awak pun manusia. Bukan robot. Bukan superwoman setiap hari.


Awak jaga emosi orang, awak dengar masalah orang, awak tolong orang sana sini.

Tapi bila tiba giliran awak, awak selalu fikir…..

“Tak apa, nanti.”

“Nanti ok la tu.”

“Nanti aku settle.”


Masalahnya, ‘nanti’ tu selalu tak datang.

Dan yang paling sedih, ramai wanita sudah terbiasa letak diri sendiri di tempat terakhir. Sampai lupa bagaimana rasanya dijaga.


Hakikatnya, self-care bukan pilihan. Ia keperluan mental, emosi, dan fizikal.

Kalau awak jatuh, semua benda lain akan terhenti juga.

Awak layak…..

  • berehat tanpa rasa bersalah,
  • merasa cantik tanpa perlu validation,
  • makan makanan yang baik untuk badan,
  • ada ruang untuk healing,
  • ada masa untuk perkara yang buat awak tenang.




Sayangi diri bukan bermaksud awak pentingkan diri.

Itu bermaksud awak sedar nilai diri awak.

Bila wanita jaga diri, dia bukan sahaja jadi lebih kuat, malah dia jadi lebih tenang, lebih bijak buat keputusan, dan lebih bahagia dengan diri sendiri.

Jadi hari ini, saya nak ajak awak buat satu benda kecil ini, iaitu…..

  • Pilih diri, walau sekali, walau perlahan.

Awak layak disayangi, termasuk oleh diri awak sendiri.