Kenapa Penagih Dadah Boleh Bertindak Di Luar Kawalan Sehingga Membunuh?


Dua orang kanak-kanak berusia setahun dan 5 tahun meninggal dunia akibat dikelar dan ditetak.

Seorang ibu tua dipenggal kepala oleh anak kandungnya sendiri ketika berada di rumah.

Seorang bapa maut ditetak beberapa kali dengan parang oleh anak lelakinya selepas tidak berpuas hati kerana gagal mendapatkan duit.

Itu adalah antara kes jenayah yang berlaku di negara kita akibat berada di bawah pengaruh dadah. Dan banyak lagi kes-kes jenayah lain yang melibatkan dadah. Kadangkala melibatkan orang yang kita kenal.


Image by John Miller from Pixabay

Kenapa penagih dadah boleh bertindak sedemikian? Kenapa mereka tidak boleh mengawal tingkah laku? Mereka tidak ada perasaan ke sewaktu memukul, mencederakan atau membunuh orang lain?

Mari sini saya jelaskan. Penyalahgunaan dadah boleh memberikan kesan ke atas mental, fizikal, kewangan, dan sosial. Berbalik kepada persoalan di atas, ia berkaitan dengan kesan dadah ke atas mental (otak) penagih.


1. Otak (sistem saraf pusat) adalah organ paling penting yang mengawal pemikiran dan tingkah laku manusia.

2. Bahan kimia yang ada dalam dadah telah mengganggu dan mengubah sistem otak menjadi huru hara dan tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

3. Sebab itulah penagih boleh menjadi khayal, ketagihan, dan mengalami gangguan tingkah laku.

4. Semasa kali pertama mengambil dadah, otak mengeluarkan dopamine yang menyebabkan penagih rasa gembira dan membuatkan mereka nak ambil dadah lagi. Tapi itu hanyalah keseronokan sementara sahaja kerana ia boleh memberikan kesan yang negatif untuk jangka masa panjang.

5. Lama kelamaan dalam bahasa mudahnya otak sudah set untuk rasa gembira mesti ambil dadah.

6. Penggunaan yang berterusan boleh menyebabkan berlakunya pergantungan terhadap dadah. Dadah telah mengawal hidup mereka. Kalau tak ambil, penagih tidak boleh berfungsi secara normal. Jadi sebab itulah mereka mengamuk, mencederakan, dan membunuh orang sekeliling. Mereka gagal untuk mengawal diri sendiri pada waktu itu.


Point di atas adalah penerangan secara ringkas dalam bahasa yang mudah kenapa penagih dadah ini boleh mengamuk dan bertindak di luar kawalan. 

P/S: Posting ini bukan untuk rujukan akademik ya. Untuk akademik, penerangannya agak panjang dan lebih saintifik.