Aku jenis yang guna smart phone sampai barai, sampai nazak gitu barulah nak tukar baru hahaha.
Setelah smart phone yang sedia ada ini dah menguji kesabaran, jadi hari ni aku keluar beli yang baru.
Sebelum tu nak ucapkan terima kasih buat suami tersayang sebab belanja smart phone ini untuk isteri mu hehe.
Aku pilih smart phone jenama Vivo, model V27e.
Kenapa pilih yang ini?
1. Design slim and premium look
Design yang minimalist dan aesthetic. Sekali pegang terus rasa lain macam. Nipis, ringan, dan nampak eksklusif. Ada dua warna iaitu lavender purple dan glory black.
Sebagai peminat warna hitam, aku ambil yang warna glory black. Hitam itu menawan dan seksi. Gituuu!
2. Kamera 64MP dengan OIS (Optical Image Stabilization)
Yang ni paling best untuk orang yang suka ambil gambar macam aku ni. Gambar lebih stabil, tak mudah blur walaupun tangan tak berapa nak steady.
Ambil gambar malam pun lebih terang dan jelas. Sesuai sangat untuk ambil gambar anak, kerja, atau content media sosial.
Filters pun ada banyak. Jadi kalau nak edit gambar dah tak perlu guna apps lain, cukup guna filters yang sedia ada.
Kualiti kamera yang bagus penting untuk content creator macam aku.
3. Skrin AMOLED 120Hz
Scroll rasa smooth sangat. Warna pun lebih terang dan hidup. Nak tengok video, baca atau edit content memang puas hati.
4. Fast charging (66W)
Yang ni penting untuk orang jenis tak sabar macam aku. Cas sekejap sahaja dah boleh guna lama. Tak perlu tunggu berjam-jam.
5. Storage besar (256GB)
Jenis yang susah nak delete gambar, suka rakam video, suka install apps macam-macam, memang seronok bila storage besar.
Tak ada la sekejap- sekejap storage penuh. Tak payah fikir nak buang apa dulu.
6. Bateri 4600 mAh
Untuk kegunaan harian seperti WhatsApp, ambil gambar, rakam video, tengok video, buat kerja, insya Allah tahan seharian.
Kalau nak baca lebih detail tentang kelebihan smart phone brand Vivo, model V27e, sila rujuk website rasmi Vivo Malaysia okay!
Semoga yang baru ni boleh bertahan lama sikit sebelum nazak lagi sekali.


