Resipi Sayur Pak Choy Super Simple


Assalamualaikum....

Salam Ahad dan salam hujung minggu. Hari ni kita update resepi lagi ye korang. Ini yang semalam punya ni. Sementara ia masih hangat baik kita update cepat-cepat. Welllll u know me haha kalau tangguh kan entah bila nak update.

Semalam aku masak sayur pak choy kegemaran kami suami isteri, tapi kali ni versi sangat simple nak mampuih. Versi yang orang tak pandai masak pun boleh buat. Aku selalu masak sayur ni tapi kali ni baru nak update. Lain kali aku update versi lain pula ye. Versi letak black pepper, letak tepung jagung, letak ayam, dan lain-lain.

"Eleh sayur simple macam tu pun nak share resepi".....peduli la janji dapat makan haha.





BAHAN-BAHANNYA:

- Sayur Pak Choy
- 2 ulas bawang merah (tumbuk kasar)
- 2 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar all-in-one seasoning Knorr

CARA MENYEDIAKANNYA:

1. Potong sayur pak choy kepada dua bahagian. Tak nak potong pun boleh tapi ceraikan ia satu satu. Basuh bersih dan toskan. Pastikan bahagian bawah pak choy yang bercantum tu dipotong ye.

2. Di dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 

3. Kemudian masukkan sedikit air, sos tiram, dan all-in-one seasoning Knorr tadi. Masukkan sayur pak choy dan kacau rata sehingga sayur tu lembut.

4. Angkat dan hidangkan dalam pinggan.


Seeeeee!!! Senangkan yang tak pandai masak pun boleh buat. All-in-one seasoning ialah perencah secukup rasa ye. Kalau guna tu dah tak payah tambah garam ke apa. Kalau korang rasa eeeeee malasnya nak masak, leceh la. Apa kata cuba buat ni confirm berkali-kali nak buat. Lima minit aje semua siap dah boleh makan. Tapi kalau hari-hari bosan juga kan hehe.

Okey lain kali aku update masakan sayur pak choy versi lain pula ye. Selamat mencuba!