Dah lama tak review jalan-jalan cari makan kan. Ni nak clearkan gambar dalam handphone, banyak sangat dah gambar dalam tu sampai jadi slow. Buka tu tengok rupanya gambar misi mencari pisang cheese jakarta belum update lagi.
Ni pun cerita tahun lepas jugak tapi rasanya belum basi kan haha. Basi pun takpe kita update je. Kejadian ni bertarikh 9 September 2014. Macam biasa la kalau hujung minggu tu time suami off memang kami selalu keluar jalan-jalan cari makan plus dating sekali.
Hari tu kami makan kat Ana Ikan Bakar Petai kat Bangi. Lepas balik dari makan seafood tu ingat nak lepak kat Pisang Cheese Jakarta ni tapi kenyang giler, so bungkus je la bawa balik rumah. Dah makan tak ingat dunia mana tak penuh perut tu hahaha. Pasal Ana Ikan Bakar tu nanti kita cerita dalam posting lain ye.
Itu diaaa Pisang Cheese Jakarta Chocolate. Asalnya rupa lain tapi bila sampai rumah jadi macam tu pula, sebab cheese yang ditabur dah jadi cair. Tapi sebagai penggemar cheese memang la aku suka tak kisah la cair ke tak, asalkan ada rasa cheese hehe.
Waktu perniagaan Pisang Cheese Jakarta ni berbeza. Yang kat dalam gambar bawah tu cawangan yang kat Seksyen 9 Bangi, itu yang paling dekat dengan aku. Kalau korang nak makan Pisang Cheese Jakarta ni sila la ke lokasi berdekatan. Kalau nak lokasi berjauhan pun takde masalah, suka hati la kan lagipun minyak kereta dah turun harga haha.
1. Restoran Lawangsari, Seksyen 7, Shah Alam (belakang Giant) [4:30pm - 12am]
2. Tam Nasi Ayam, Seksyen 23, Shah Alam (sebelah Aeon Big) [2pm - 10pm]
3. Tam Nasi Ayam, TTDi Jaya, Shah Alam (sebelah Petronas) [2pm - 10pm]
4. Restoran Kelisa, Seksyen 9, Bangi (sebaris Hospital Az-Zahra) [2pm-10pm]
5. D Melaka Cafe, Seksyen 3, Kota Damansara (Uptown) [2pm - 10pm]
6. De Kotani Cafe, Presint 3, Bangunan Wisma Tani, Putrajaya [9:30am - 5:30pm]
Pisang Cheese Jakarta ni ada lima
pilihan semuanya, so pilih la mana yang korang suka. Aku kan macam biasa la
kalau boleh nak semua jenis tapi tak boleh la kena pilih satu je. Lain kali
pergi boleh cuba yang lain pula. Ada Original, Chocolate, Coco Caramel, Crunchy
Oreo, dan Messy Chocolate. Harga di antara RM7 hingga RM8. Kalau nak add on
cheese lebih atau coklat lebih, harga kira lain. Harga setiap satunya semua dah
terpapar kat situ.
Kalau nak dapatkan apa sahaja update berkaitan, boleh like Facebook Page Pisang Cheese Jakarta
Okey macam mana? Jom pergi! Aku yang dok update ni pun dah banyak kali telan air liur. Tiba-tiba teringin nak makan pula.