Nasi Arab Bandar Sri Permaisuri


Isteri yang bijak adalah bila dia dah keluarkan lauk nak masak. Lepas tu suami mesej tanya nak nasi Arab tak? Terus dia simpan balik lauk dalam freezer. Tak jadi masak! 😆


Balik kerja petang tadi suami singgah beli nasi Arab di food court Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Kalau untuk sekali makan selalunya kami beli yang dah siap je.


Kalau untuk makan berkali kali biasanya aku masak sendiri. Senang sangat tau, guna yang dah siap dalam pek. Siap ada beras dan segala rempah. Lepas tu ikut je cara masak yang ditulis pada kotak. Tak pandai masak pun boleh buat. Satu pek boleh makan empat ke lima orang.


Boleh dapatkan di sini https://shp.ee/i2txvnd 


Orang kata kalau suka makan nasi Arab, lama kelamaan boleh fasih bahasa Arab. 🤣




Post a Comment

0 Comments