Resipi Apam Balik Jagung Berkrim


Hai semua. Errrrr sudah dua minggu saya tak share resipi. Jadual terlari sikit, baru sempat kejar balik hehe. Asyik share resipi lauk aje kan. Jadi hari ni kita ubah selera sikit. Kita buat apam balik jagung berkrim ya. Inti dalam tu suka hati korang nak letak apa. Tak semestinya kena letak jagung. Kalau suka coklat boleh letak nutella, pun sedap juga. Nak campur pelbagai inti pun boleh, contohnya jagung campur kacang atau jagung campur coklat.


Okay jom kita tengok resipi di bawah.


BAHAN-BAHAN A

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam

BAHAN-BAHAN B

2 cawan susu segar atau boleh juga guna 1 cawan susu cair + 1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 biji telur

BAHAN C

1 tin jagung berkrim

CARA MEMASAK

1. Gaulkan semua bahan-bahan A di dalam mangkuk yang sesuai.

2. Masukkan semua bahan-bahan B dan kacau rata.

3. Panaskan kuali non-stick. Kemudian sendukkan adunan ikut saiz yang kita suka. Kalau nak garing boleh buat nipis dengan meratakan adunan tadi guna senduk. Kalau nak gebu boleh buat tebal.

4. Apabila adunan sudah hampir masak, letakkan krim jagung mengikut sukatan yang sesuai, atau apa sahaja inti kegemaran masing-masing.

5. Kemudian lipat dan hidangkan.

Okay siap. Selamat mencuba!

Nak beli jagung manis ala krim Ayam Brand? Boleh dapatkan di sini ya...


 Ini bahan-bahan A


 Lepas tu campur bahan-bahan B


 Sendukkan atas non stick pan. Saiz nak besar mana suka hati korang.


 Inilah dia krim jagung tu. Jenama apa pun tak kisah.


 Bila adunan dah hampir masak, sapu je krim jagung tadi macam gini.


 Lepas tu lipat macam ni


Okay dah siap tu susun elok-elok kat atas pinggan. Lepas tu ambik gambar dan update blog hehe.


Post a Comment

0 Comments