“Pakar psikologi mengatakan orang yang sentiasa gembira dan ceria sebenarnya adalah orang yang banyak terluka. Dia sembunyikan kelukaan itu dengan membuat orang ketawa.”
Pernah baca ada orang komen macam ni pada video influencer yang suka buat lawak.
Hahhh pakar psikologi mana tu yang cakap macam itu? Hang ni main petik aje tanpa bukti.
Bukan begitu ya. Orang yang sentiasa gembira juga boleh mengalami kesedihan. Sedih dan gembira adalah sejenis emosi, bukan hak milik eksklusif individu.
Ia adalah perkara yang normal kerana setiap orang berhak untuk merasa sedih, gembira, atau apa sahaja emosi sepanjang kehidupan.
Orang yang kita nampak sentiasa gembira, ceria, dan kelakar ini memang personaliti dia begitu. Kelihatan sentiasa gembira dan ceria bukan perkara yang boleh dibuat-buat.
Pernah kan nampak orang yang tak kelakar tapi cuba buat kelakar, apa jadi? Jadi krik krik krikkkk.