Resipi Ikan Bakar Portugis


Semalam masak ikan bakar Portugis untuk dinner. Saya guna ikan siakap. Hari ni baru sempat nak update resepi. Suami tanya tang mana portugisnya. Mana la saya tau, tak sempat nak buat kajian hahaha.


Okay jom tengok resipi di bawah.


BAHAN-BAHAN A

1 ekor ikan siakap
1 sudu makan air limau nipis
1 sudu makan kicap manis
5 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
Aluminium foil
Minyak untuk menumis

BAHAN-BAHAN B (UNTUK DIKISAR)

5 biji cili merah
3 biji cili api
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
Sedikit belacan

CARA MEMASAK

1. Bersihkan ikan dan toskan.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.

3. Masukkan air limau nipis, kicap, gula dan garam secukup rasa. Kalau tak nak letak gula garam, boleh gantikan dengan serbuk cukup rasa atau kiub ikan bilis. Masak sehingga naik minyak.

4. Bentangkan aluminium foil. Untuk lebih wangi boleh lapik daun pisang.

5. Kemudian letakkan ikan dan ratakan sambal ke seluruh bahagian ikan. Letakkan sekali daun limau purut.

6. Balut ikan tersebut dengan kemas. 

7. Bakar di atas di dapur sambil terbalikkan kedua-dua belah bahagian ikan. Boleh juga bakar di dalam oven dengan suhu 180C selama lebih kurang 30 minit.


Okay siap. Selamat mencuba!


 Bahan-bahan untuk dikisar


 Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar


Lepas tu lumurkan macam ni termasuk bahagian bawah sekali ye. Daun limau purut tu pun letak juga di kedua-dua belah ikan tu.


Tadaaa sudah masak. Suka giler dengan sambal ni. Gaul dengan nasi panas-panas. Orang lalu kat tepi pun tak perasan sebab kusyuk sangat makan.


Post a Comment

0 Comments