Apa Itu Kesihatan Mental?


Mental kalau dah sakit, hanya yang pernah merasa sahaja tahu macam mana sengsaranya. Dalam kepala ni, kadangkala kosong, kadangkala berselirat. Nak bangkit dari tilam pun berat. 


Jagalah kesihatan mental sama seperti kita menjaga kesihatan fizikal okay. Apa itu kesihatan mental? 


Kesihatan mental melibatkan kesejahteraan emosi, psikologi, dan sosial seseorang individu. Menjaga kesihatan mental sangat penting untuk semua peringkat usia manusia, bermula dari zaman awal kanak-kanak sehingga ke peringkat dewasa.


Keadaan mental yang sihat atau sebaliknya akan memberi kesan ke atas fikiran, perasaan, mood dan tingkah laku kita. Ia juga menentukan kemampuan kita dalam menangani tekanan, membuat keputusan, dan lain-lain tindakan.


Ini adalah tiga faktor utama yang menjadi punca kepada masalah kesihatan mental:


1. Faktor biologi. Contoh: genetik.

2. Pengalaman hidup. Contoh: trauma dan penderaan.

3. Sejarah keluarga. Contoh: dibesarkan oleh keluarga yang mempunyai penyakit mental.


Image by Tumisu from Pixabay 


Jika ada sesiapa yang rasa diri tak berapa okay atau tidak stabil dari segi mental, sila dapatkan pemeriksaan segera. Masalah kesihatan mental sama juga dengan masalah kesihatan fizikal, ada rawatan untuk membantu kita supaya dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.


Pastikan jumpa mereka yang ada autoriti dan kredibiliti untuk membantu seperti doktor psikiatri, ahli psikologi, dan kaunselor yang bertauliah. Jangan tersalah rujuk, nanti jiwa makin parah, duit juga habis kena kebas.


Semoga posting ini bermanfaat untuk semua. Boleh share supaya lebih ramai dapat baca info penting ini.


P/S: Take care of yourself - mentally and physically.


Post a Comment

0 Comments