Resipi Puteri Ayu Cheese


Masa zaman kanak-kanak dulu saya suka sangat makan kuih puteri ayu ni, tapi dulu kita letak kelapa parut. Sekarang zaman moden, kuih tradisional pun ikut moden sekali. Saya pernah jual kuih puteri ayu cheese. Sekarang dah lama tak buat. Fokus buat cookies je sekarang ni.


Nanti korang boleh cuba buat sendiri. Okay jom kita tengok resepi di bawah.


BAHAN-BAHAN A (untuk lapisan pertama)

250gm cream cheese (tak kisah jenama apa pun)

2 sudu besar tepung gandum

5 sudu besar gula kastor

1 sudu besar susu cair

2 sudu besar air

1 biji telur


BAHAN-BAHAN B (untuk lapisan kedua)

1 cawan gula kastor

2 biji telur

1 sudu teh ovallet

1 sudu teh esen vanilla

1/2 cawan santan

1/2 susu cair

2 cawan tepung gandum (diayak)

Pewarna makanan 


CARA MEMASAK

1. Campurkan semua bahan-bahan A dalam satu bekas dan pukul hingga sebati.

2. Untuk bahan-bahan B. 

Pukul gula kastor dan telur sehingga kembang.

Masukkan ovallet dan pukul sehingga adunan menjadi gebu.

Masukkan esen vanilla, santan, dan susu cair. Pukul sekejap sekadar untuk bagi sebati dengan adunan.

Masukkan tepung dan pukul sekejap sehingga adunan menjadi sebati.

3. Letak pewarna kesukaan ke dalam adunan bahan-bahan B tadi. Kalau nak pelbagaikan warna boleh bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam bekas yang berbeza.

4. Sediakan acuan kuih secukupnya dan sapu dengan sedikit minyak.

5. Masukkan sedikit adunan bahan-bahan A ke dalam acuan dan dikukus selama 2 minit. Pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu ye.

6. Selepas itu, masukkan pula adunan bahan-bahan B ke atas lapisan cheese yang dikukus tadi sehingga penuh. Kukus selama 8-10 minit dengan api sederhana.


Tips: Untuk elakkan air menitis ke dalam adunan, balut penutup pengukus dengan kain, atau boleh tutup bekas kuih dengan aluminium foil. Untuk masukkan adunan ke dalam bekas boleh gunakan piping bag.


Okay siap. Selamat mencuba!