Review Makan Sate Willy di Kajang


Tengah clearkan gambar dalam handphone. Ada ribu riban gambar, kalau tukar dengan duit mokcik kayo dah ni. Gambar dari zaman tok kaduk pun ada. Sampai saya dah lupa di mana lokasi gambar tersebut diambil haha.


Dalam beribu gambar tu terselit gambar sate Willy. Sebenarnya dah lupa makan di mana time ni. Then klik detail lokasi gambar, maka keluarlah lokasi sebenar di Google map. Fuhhh nasib baik!


Sate Willy adalah antara sate kegemaran saya sebab rasanya memang cukup, rempah meresap sampai ke dalam, teksturnya lembut dan lembap, tak kering. Memang betul-betul membangkitkan selera. 


Saya tak suka sate yang jenis kering, rasa macam tawar dan tak ada feeling bila lalu ikut tekak. Makan sate pun nak berfeeling feeling. Sebab pernah terkena, sampai sekarang saya tak pergi makan kat tempat tu. Terkedip kedip mata nak habiskan sate tu haha. Tak habis kan nanti membazir, jadi telan aje lah. Saya ni jenis penyayang, tak sampai hati nak buang makanan yang masih elok huhu.


Biasanya saya makan sate Willy di Ramal Food Junction, Kajang. Best juga la lepak kat situ sebab banyak makanan sedap-sedap. Selain di Kajang, ada lagi beberapa cawangan sate Willy di tempat lain. Sila Google untuk cek lokasi yang berdekatan dengan tempat tinggal korang.


Ada lagi tempat best yang saya suka kalau teringin nak makan sate. Gambar takde pulak. Next time pergi nanti saya ambik gambar okay.