Semua Pekerjaan Penting Asalkan Halal


Tidak ada pekerjaan yang lebih penting atau kurang penting. Semuanya sama sahaja kerana ia saling memerlukan antara satu sama lain. Allah telah mengikat rezeki kita semua dengan jenis pekerjaan.


Mana mungkin seorang CEO bisnes yang sangat sibuk ada masa nak buat kerja-kerja mencuci tandas di pejabatnya. Dia tetap memerlukan cleaner untuk melakukan kerja tersebut.


Mana mungkin seorang ibu yang bekerja sebagai engineer yang sibuk boleh membawa anak-anaknya ke pejabat pada waktu bekerja. Dia tetap memerlukan babysitter untuk menjaga anaknya.


Hormatilah sesama kita walau apapun jenis pekerjaan seseorang itu. Tidak ada yang pekerjaan yang hina selagi ia datang dari sumber rezeki yang halal dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh. 


Bukan jenis pekerjaan yang menjamin rezeki seseorang, tetapi kesungguhannya dalam melakukan pekerjaan tersebut. Bersungguh ertinya bersyukur dengan pemberian Allah. Apabila bersyukur rezeki kita menjadi semakin bertambah. Insya Allah.