Menginap di Avillion Admiral Cove Port Dickson


Lamanya tak bercuti sebab Covid punya pasal. Baru plan nak pergi bercuti, aihhhh Covid datang lagi. Tak berani uiiii.


Salah satu cara saya praktis self-care adalah dengan short vacation. Lari sekejap dari dunia kerja.


Perancangan asalnya nak menjelajah negeri-negeri di Pantai Timur, sambil food hunting. Nampak gayanya kita hunting makanan kat dapur rumah sendiri aje lah. Sebagai langkah berjaga-jaga, kita tunggu keadaan reda dulu.


Malam tadi buka folder gambar dalam laptop. Nak pindah ke dalam album dan delete gambar mana yang tak cantik, yang kelabu asap, yang senget, yang mata terpejam mulut ternganga.


Ini gambar tahun lepas punya. Masa short vacation di Port Dickson. Sebenarnya pergi kenduri kahwin kat sana. Bermalam terus la senang, sambil cuba port makan yang best. Ya kami suami isteri memang jenis suka berjalan dan makan makan haha.


Saya tak pernah lagi review hotel ni. Gambar makan makan pun sama tak pernah update. Baru jumpa gambar yang kat hotel. Gambar makanan belum jumpa lagi. Saya sekali transfer gambar ke laptop ribu riban weh. Ada masa free baru saya delete dan pilih yang elok untuk disimpan.


Lokasi: Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Jenis bilik: Straits Studio Room


Harga tak ingat. Bilik besar dan bersih. Hadap lautan yang luas terbentang. Boleh tengok sunset dari dalam bilik. Sebagai pencinta alam dan ketenangan, saya suka dan sangat berpuas hati!


Nota kaki: Gembira dan bahagia dengan cara sendiri.


Mula-mula masuk akan nampak ruang ini 


Lepas tu ruang yang ini


Bilik air yang besar dan bersih


Inilah ruang bilik. Besar. Siap ada meja kerja, meja untuk makan atau lepak berdua, dan juga sofa.


Pintu yang dekat katil tu boleh ditutup


Tenang sangat dapat lepak dalam bilik ni. Nak keluar pun jadi malas hehe.


View laut dari dalam bilik. Best sangat dapat tengok keindahan alam yang luas terbentang.


Katil king size. Bilik air ada dua pintu. Satu pintu kat sebelah katil, satu lagi pintu di bahagian depan.


View dari tingkap bahagian tepi bilik


Tepi pintu bilik air ada cermin tinggi. Ai like haha. Itulah pintu bilik air yang bahagian depan.


Ini bahagian pantry


View dari lobi hotel. Cantik kan, feeling macam bercuti di luar negara. Padahal kat Port Dickson aje.


Ini pun sama pemandangan dari lobi hotel


Lepak santai kat bahagian luar


Seronok jalan-jalan di bahagian luar bangunan hotel, sambil hidu bau laut.


Ini bahagian hujung. Banyak bot parking kat sini. Mungkin bot-bot peribadi.


Swimming pool


Masa ni dah lewat petang. Tengah berjalan nak balik ke bilik.


Nak tengok sunset, tengok dari dalam bilik je. Alhamdulillah indahnya alam ciptaan Allah SWT.


Post a Comment

0 Comments