Fahami Isu Kesihatan Mental


Tadi terbaca berita tentang seorang ibu yang campak dua orang anaknya dari atas jambatan. Aduhhh tak terbayang macam mana anak itu menggelupur di dalam air sebelum habis nafas. Dan biasalah para netizen tak terlepas dari tinggalkan komen.


“Kalau dah bunuh orang senang je nak lepas. Mengaku je ada masalah mental.”

“Eh betul ke dia ni ada masalah mental. Aku tengok elok je melintas jalan, pakaian pun kemas. Alahhh alasan untuk lepaskan diri je tu.”


Tak kisah lah kes apa pun yang lebih kurang sama, komen yang dilontarkan oleh netizen juga akan lebih kurang sama seperti di atas.


Bukan mudah nak menilai seseorang itu ada masalah mental atau tidak. Ini kerana isu kesihatan mental adalah kompleks dan agak sukar untuk difahami secara menyeluruh.


Sebab itu wujudnya psychopathology, iaitu kajian secara saintifik ke atas mental, emosi, kecelaruan dan tingkah laku yang tidak normal.


Ini melibatkan usaha untuk mengubah stigma, memberi kefahaman, mencari punca, mengklasifikasikan, meningkatkan kualiti rawatan untuk pesakit, dan lain-lain yang berkaitan.


Kalau diperhatikan dari dulu sampai sekarang, sudah banyak kemajuan yang berlaku dalam isu kesihatan mental. Semuanya adalah hasil kajian (research level) dan rawatan (practical level) yang dilakukan oleh mereka yang berada dalam bidang tersebut.


Jadi kalau rasa ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan mental, sila rujuk mereka yang ahli dalam bidang berkenaan. Jangan kau pergi jumpa pawang pulak, sampai ke sudah dia kata kau kena buatan orang.

Image by Gordon Johnson from Pixabay