Berhenti membandingkan diri sendiri dengan orang lain kerana perbandingan boleh merentap kebahagiaan dan ketenangan hidup kita.
Aku tak kata yang membuat perbandingan itu salah secara keseluruhan, tapi jika berlaku secara berterusan akan mengganggu mental dan emosi kita.
Kesannya ia boleh meningkatkan tahap kebimbangan. Kita jadi takut jika orang menghakimi setiap tingkah laku, penampilan atau apa sahaja yang ada pada diri kita.
Atau takut dipinggirkan sebab kita rasa yang kita tak cukup bagus berbanding orang lain.
Apa yang perlu kita buat? Jaga kita punya self-talk supaya dapat mengawal diri dari berfikiran negatif sehingga tahap menganggu kehidupan. Contoh ayat yang kita boleh ucap kepada diri sendiri:
1. Aku sudah berada di atas landasan yang terbaik untuk diri aku buat masa sekarang.
2. Aku bersyukur atas setiap detik yang dilalui dan segala nikmat yang diberikan.
3. Aku menerima segala kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri, kerana tidak ada manusia yang sempurna.
4. Orang lain juga ada kelebihan dan kelemahan. Aku tak boleh jadi dia dan dia tak boleh jadi aku. Setiap orang ada nilai tersendiri.
Dalam kita sibuk nak jadi macam orang lain, ketahuilah dalam masa yang sama ada yang nak jadi macam kita.
Nota kaki: Jadikan self-care sebagai keutamaan hidup