10 Tips Self-Care


Take care of yourself kerana ia penting untuk kesihatan mental kita. Di sini aku nak kongsikan 10 tips self-care.


1. Jika tahu perkara itu salah, jangan buat.

Maksudnya kesalahan yang dalam kategori menzalimi diri sendiri dan orang lain. Contohnya menipu, mencuri, ambil dadah, mabuk, curang dengan pasangan, memandu kenderaan secara bahaya sampai accident, dan seumpamanya.

Kita kan manusia biasa, pasti ada kesalahan yang dibuat. Ya betul! Tapi kalau dah berkali kali buat kesalahan yang sama, itu memang sengaja meletakkan diri dalam kebinasaan. Jika kita sayang diri, kita akan jaga diri dengan baik kerana diri kita adalah tanggungjawab kita.


2. Tidak perlu buat sesuatu semata-mata untuk memuaskan hati orang lain.

Kita ni kalau asyik nak puaskan hati orang, sedangkan diri sendiri tertekan, tidak ada gunanya. Benda macam ni tak akan habis sebab manusia tak akan pernah puas. Lama kelamaan akan bagi kesan negatif pada kualiti hidup dan kesihatan mental kita.

Orang yang praktik self-care dalam hidup dia tak kisah pun orang suka dia ke tak. Apa yang penting adalah dia dapat hidup tenang, gembira dan bahagia dengan cara sendiri, dengan apa yang ada mengikut kemampuan.


3. Tidak sesekali bercakap buruk tentang diri sendiri.

Orang bercakap buruk tentang kita, mungkin kita boleh buat pekak. Tapi jika kita yang bercakap buruk tentang diri sendiri, ia akan melekat dalam minda kita. 

Contohnya apa? Aku tak pandai, aku tak cantik, aku hodoh, dan sebagainya. Maksudnya merendah diri tak bertempat, melabelkan diri dengan perkataan-perkataan yang negatif sehingga menjejaskan self-confidence dan juga self-esteem.

Kalau kita sendiri pun tak hargai kelebihan diri, macam mana orang nak hargai kita. Kalau kita sendiri pun tak sayang diri, macam mana orang nak sayang kita. Apa sahaja tentang self-love, tentang self-care, semuanya bermula dari diri kita sendiri.


4. Tidak pernah berputus asa dalam mengejar matlamat.

Ini ayat yang agak cliche. Namun begitu, ramai yang agak struggle dalam usaha untuk mencapai matlamat, termasuk saya sendiri. Jadi jika kita sayang diri, terus fokus pada tindakan okay. Kita akan semakin bahagia jika usaha kita membuahkan hasil.


5. Jangan takut untuk berkata ya atau tidak.

It’s okay to say no to others, tapi mesti dalam keadaan sopan ye. Mula mula memang rasa kekok, lama kelamaan kita akan terbiasa dan lebih yakin untuk menolak jika kita berada dalam situasi yang tidak mengizinkan.

Dan kesannya kita akan ada masa untuk fokus pada diri sendiri. Ada masa untuk beri makanan kepada mental dan fizikal kita. 


6. Berbuat baik kepada diri sendiri.

Luangkan masa untuk buat perkara yang kita suka, yang buat kita rasa enjoy. Hargai atau iktiraf walau sekecil kecil kejayaan yang kita capai.

Insya Allah kita akan lebih happy, enjoy dan bersemangat untuk buat yang lebih baik. Bersemangat untuk mulakan hari baru setiap hari.


7. Lepaskan perkara yang di luar kawalan kita.

Kita tak boleh kawal orang lain, tapi kita boleh kawal diri sendiri. Jika kita banyak fokus kepada perkara yang di luar kawalan kita, kita nak orang lain jadi seperti apa yang kita mahu, ia boleh menyebabkan kita tertekan dan tidak bahagia.


8. Jauhkan diri dari drama dan persekitaran negatif.

Jika ada yang minta pendapat atau nasihat kita dalam sesuatu konflik, put your limit, tak perlu berlebih lebihan, tak perlu masuk campur. Kalau tak dengan kita sekali terheret dalam konflik tersebut. Nanti masalah yang dari sebesar batu akan jadi sebesar gunung.


9. Jangan sukarkan perkara yang mudah.

Hidup ini simple atau mudah je sebenarnya, kadangkala kita yang suka jadikan ia rumit. 

Hidup ini akan menjadi mudah apabila kita berhenti buat benda salah yang memang tak patut dibuat, dan mula buat perkara yang betul. Contohnya jadi orang yang amanah dan bertanggungjawab.

Bila kita buat benda betul, hidup akan menjadi tenang tanpa bebanan yang tak sepatutnya. Sebab itu ada sesetengah orang, duit banyak hidup mewah pun masih serabut tak tentu hala. Ada sesetengah orang hidup biasa biasa je tapi sentiasa gembira dan bahagia.


10. Sentiasa ada perasaan kasih sayang dalam diri.

Sayang pada diri sendiri, sayang agama, keluarga, masyarakat, haiwan, alam sekitar, dan lain-lain. Apa orang kata, the power of love.

Adanya kasih sayang membuatkan kita menghargai dan dihargai, wujud connection yang kuat antara diri kita dan lain-lain elemen dalam kehidupan. Hal ini akan membuatkan hidup kita jadi bertambah seronok.


P/S: Tidak ada orang yang boleh jaga diri kita melainkan diri kita sendiri. Jati diri yang teguh adalah hasil dari usaha menjaga dan menyayangi diri sendiri. Semoga terus tenang dan kuat dalam menghadapi apa sahaja cabaran okay!