Resipi Ayam Buttermilk


Dah lama tak masak ayam buttermilk. Tiba-tiba tekak ni rasa teringin pulak. Ini adalah antara menu kegemaran kami suami isteri. Sekali hadap licin dari lauk sampai ke kuah okay.

Sebelum ni dah pernah kongsi resipi ayam buttermilk ni. Okay tidak mengapa, kita kongsi lagi sekali. Sebelum ini lain, yang sekarang ni lain sikit...sikittt je. Okay jom tengok resipi di bawah.


BAHAN-BAHAN 

4 bahagian isi ayam dipotong kecil (gaul dengan tepung goreng ayam)

3 sudu besar butter

5 biji cili padi dihiris (kalau nak pedas boleh tambah lagi)

4 tangkai daun kari

4 ulas bawang putih dicincang halus

½ biji bawang besar Holland dipotong dadu

1 tin susu cair (saya guna 1 tin sebab malas nak simpan lebihan)

2 sudu teh serbuk cukup rasa. Kalau tak ada, boleh letak gula dan garam secukup rasa.


CARA MEMASAK

1. Gaul ayam dalam satu mangkuk dengan tepung goreng ayam. Saya guna tepung Bestari. Perap lebih kurang sejam.

2. Goreng ayam tadi sehingga masak dan ketepikan.

3. Panaskan kuali dengan butter. Masukkan bawang putih, bawang besar, cili, dan daun kari. Tumis sehingga wangi.

4. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih dan masukkan serbuk cukup rasa.

5. Masukkan ayam dan masak seketika sehingga kuah agak sedikit pekat. Nak kuah cair pun boleh, terpulang pada citarasa masing-masing. Saya masukkan sekali hirisan cili merah besar sebagai hiasan.

Okay siap. Selamat mencuba!


Perap ayam dengan tepung Bestari, atau suka hati masing-masing nak guna tepung apa. Nak goreng tanpa celup tepung pun boleh. Kita yang buat dia kan. Gambar tengah goreng ayam takde ya. Saya goreng ayam guna air fryer Russell Taylors. Boleh dapatkan di Shopee Russell Taylors https://shp.ee/wkuwfy2


Letak sekali siap siap. Senang nak ambik campak dalam kuali.


Panaskan butter atau marjerin. Masukkan bawang putih, bawang besar Holland, cili padi, daun kari. Oh ya, daun kari tu petik dari pasu, tanam sendiri. Saje la nak bagitau.


Bila bahan tumisan dah wangi. Masukkan susu cair.


Lepas tu masukkan ayam. Masukkan bahan perasa. Saya letak cili merah, saje nak bagi naik seri.


Kacau kacau sampai pekat. Nak pekat macam mana atau nak kuah cair ke terpulang pada selera masing-masing. Saya suka kuah pekat.


Okay siap! Beginilah kejadiannya.


Post a Comment

0 Comments