Apa Itu Self-Care?


Sana sini orang duk bercakap tentang self-care. Apa itu self-care? Penting sangat ke self-care ni?


Yes self-care sangat penting untuk kita. Kita kena jaga diri sendiri terlebih dahulu sebelum kita fokus kepada orang lain. Sebabnya kita tidak boleh memberi sesuatu, contohnya kasih sayang dan kebahagiaan kepada orang lain dalam keadaan jiwa kita sendiri kosong. Dan self-care bukanlah perbuatan mementingkan diri sendiri. 

Self-care adalah bagaimana kita menjaga diri dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, dan spiritual. Hal ini penting untuk kesejahteraan diri dan akan memberikan kita satu kehidupan yang seimbang, sihat, dan bahagia.

Jaga diri sendiri dulu tu bukan bermaksud kita abaikan orang lain, tapi ada sesetengah perkara yang kita perlu utamakan diri kita dulu. Nak memberi, kita perlu ‘ada’ apa yang kita nak beri.


Contohnya, nak tenangkan keadaan yang penuh kerisauan, kita dulu yang perlu bertenang. Nak bahagiakan orang lain, kita kena bahagiakan diri sendiri dulu. Kalau hidup sendiri pun tak gembira dan tunggang langgang, macam mana nak bahagiakan orang lain. Nak hidup dalam suasana yang damai, kita dulu yang perlu buang sikap mudah marah, mudah naik angin, panas baran yang ada dalam diri.

Apa lagi contoh lain? Nak menjaga orang tua yang sakit, diri kita mesti dalam keadaan sihat dari segi emosi, supaya kita boleh menjaga mereka dengan perasaan gembira dan bahagia. Jika sebaliknya, kita akan rasa struggle, sensitif, mudah sentap, mudah marah, mudah tertekan, dan sebagainya.

Begitu juga dalam menjaga anak kecil atau anak yang ramai. Ibu bapa mesti jaga diri, jaga emosi dan mental supaya tidak mengalami tekanan yang teruk atau kecelaruan semasa dalam proses menjaga, mendidik, dan membesarkan anak-anak. Jaga diri supaya proses membesarkan anak-anak tidak menjadi beban kepada para ibu bapa, dan seterusnya mewujudkan suasana yang harmoni serta penuh kasih sayang dalam keluarga.


Bayangkan jika ibu bapa mempunyai emosi yang tidak stabil, panas baran, suka menengking, maki hamun macam nak terbalik dunia, apa kesan negatif kepada anak-anak? Dan juga apa kesan negatif kepada diri sendiri? Kita akan menjadi letih, hilang semangat tapi terpaksa hadap juga demi tanggungjawab. Akibatnya kita jadi tak enjoy, tak bahagia dengan kehidupan. 

Okay dan lagi satu tentang hal menjaga keluarga. Itu keluarga kita, kita kemudikan ia mengikut cara kita. Ada sesetengah orang dia suka membandingkan kesempurnaan keluarga orang lain yang dia hanya nampak hanya beberapa percent sahaja. Lepas tu dia paksa paksa diri nak jadi macam tu juga. Nak menjadi ibu bapa yang terbaik macam orang lain. Nak anak-anak menjadi paling baik macam anak orang lain. Untuk ibu bapa, kita tidak perlu menjadi sempurna mengikut acuan orang lain. Tak perlu nak menyeksa diri. Buat sahaja ikut cara kita dan mengikut kemampuan kita, asalkan kita tak mendera mental atau fizikal anak-anak. Ibu bapa gembira dan bahagia, insya Allah anak-anak juga akan turut rasa gembira dan bahagia.

Menjadi suami atau isteri pun sama kena sayang diri sendiri. Tak semestinya bila dah jadi suami isteri, dah sayang, dah cinta, itu bukan tiket untuk kita membiarkan pasangan buat perkara tak baik atau sesuka hati memijak, membuli atau melayan pasangan macam hamba abdi. Kita berkahwin untuk bahagia, bukannya untuk mencari derita. Jadi sayangilah diri sendiri melebihi sayang kita kepada pasangan. 


Sebagai majikan atau leader dalam organisasi pun sama. Jika tak seimbang dari segi mental dan emosi, kita tak boleh menjadi majikan atau leader yang baik. Ye lah diri sendiri pun tak terjaga, macam mana nak menjaga dan memimpin organisasi.

Naya pekerja, tak pasal pasal kena tengking kena hamun tanpa sebab yang kukuh. Masing-masing jadi tak seronok nak pergi kerja, stress, murung, dan sebagainya. Ini akan mewujudkan circle yang tidak sihat dalam sesebuah organisasi. Tapi kalau pekerja pun sengaja provoke cari pasal, buat hal bukan bukan, itu tak boleh buat apa la, nasib la kau kena marah.

Pekerja pun sama. Sayangi diri sendiri melebihi sayang kepada company. Kalau kita sakit dan sudah tidak mampu untuk bekerja, company boleh mencari pengganti lain. Kesihatan kita tidak ada yang boleh ganti. Senang cerita, jika nak bekerja dalam keadaan aman dan harmoni, baik majikan atau pekerja, kedua-duanya perlu menjaga diri, perlu sayang diri, supaya terjaga fizikal, mental dan emosi.

Sekali lagi untuk pekerja, jika kalian berhadapan dengan situasi tempat kerja yang terlampau toksik, dah boleh slow slow cari peluang lain di luar sana. Sampai bila nak duduk dalam suasana kerja yang tak best, kerana yang sakit dan sengsaranya kita.


Nampak tak betapa pentingnya self-care. Kita kena jaga diri, kena sayang diri kita. Jika tak jaga diri efek dia sangat besar, bukan hanya kepada diri kita sendiri, tetapi juga kepada orang sekeliling kita.


                                                           Image by Tiny Tribes from Pixabay 


Tidak kira siapa pun kita, sama ada sebagai ibu bapa, anak, isteri, suami, majikan, pemimpin, pekerja, dan lain-lain, self-care adalah keutamaan. Dalam kehidupan kita, watak utamanya adalah diri kita sendiri. Jika diri sendiri terabai, serba serbi akan menjadi tidak kena. Kita akan menjadi manusia yang susah nak bersyukur dengan apa yang ada. Kita akan menjadi manusia yang mudah cemburu dan tak seronok bila tengok orang lain bahagia. Macam mana nak happy tengok orang bahagia, sebab kita pun tak bahagia dengan diri sendiri.


Lagi satu. Self-care ini bukan bermaksud kena senyum kena happy je 24 jam. Tengah bersedih pun paksa diri nak bagi nampak happy. Lama kelamaan boleh sakit jiwa okay menahan perasaan.

Jangan nafikan apa sahaja emosi dalam diri kita. It’s okay untuk bersedih, marah, geram, dan lain-lain, tetapi letak limit. Sebab emosi yang melampau batas boleh makan diri kita balik. Hidup ini hanya sekali, jadi sayangi diri sendiri okay.

Kenapa? Supaya kita dapat memberi dan menikmati apa yang ada di sekeliling dengan ikhlas, seronok dan sepenuh hati, bukannya dalam keadaan terpaksa yang akhirnya menyiksa jiwa.


Jadi aku menyeru kepada semua yang membaca tulisan ini, termasuk diri aku sendiri, sayangi diri dan jaga diri sebaiknya. Supaya kita boleh kawal apa sahaja perkara negatif yang datang atau yang ada dalam diri kita.

Jika seseorang itu ada masalah dari segi kesihatan mental sekalipun, dengan self-care mereka mudah sedar atau aware dengan sebarang perubahan yang berlaku pada emosi atau mental, dan berusaha untuk mengawalnya walau sangat struggle. Dengan mengamalkan self-care juga akan dapat membantu mereka untuk lebih bertenang. Sebab orang yang ada masalah kesihatan mental ada waktu yang dia relapse. Maksudnya dia punya masalah tu datang balik selepas tempoh tertentu.

Contohnya macam ni. Kita ada masalah kemurungan. Masalah tersebut akan menjadi semakin teruk jika kita berada dalam persekitaran yang toksik, situasi yang menekan, tak menjaga makan, tak cukup tidur, dan sebagainya. Berbanding ada masalah kemurungan, tetapi tidak berada dalam keadaan yang saya sebutkan tadi. Jika relapse sekalipun dia sedaya upaya cuba untuk kawal dan tahu apa yang patut dibuat.


Akhir sekali, diri kita adalah tanggungjawab kita. Jangan sengaja menganiaya diri sendiri, jangan biarkan orang buli, jangan biarkan orang tindas atau buat kita sesuka hati. Tidak ada orang yang boleh sayang dan jaga diri kita sebaiknya melainkan diri sendiri. Orang lain hanya sebagai penyokong sahaja, tiang utamanya adalah diri kita.