Cara Menjaga Cermin Mata Supaya Tahan Lama


Siapa geng rabun? Sila angkat tangannn!


Sekarang tahun 2021, saya pakai cermin mata atau spek dari tahun 1994. Sudah 27 tahun rupanya hoho. Teringin juga nak buat lasik, tapi tu lah sayang duit pulak. Kehendak yang mahal kena letak tepi dulu. Ada perkara lain yang perlu diutamakan.

Sepanjang 27 tahun pakai cermin mata, masa nak tukar tu la paling tak best. Stress okay ada saje benda tak kena. Bingkai cermin mata tak sesuai dengan muka la, bingkai nampak macam orang tua la, tudung jadi kembang la, sakit telinga la. Hahaha macam-macam. Dia punya penat tu macam pergi berjuang untuk negara, padahal nak tukar cermin mata je pun.

Setiap kali beli cermin mata baru, saya memang jaga betul-betul sebab sayang. Bukan senang nak dapatkan cermin mata yang sesuai dengan muka dan selesa apabila dipakai. Lagipun cermin mata ni ibarat macam nyawa kedua tau. Orang rabun je faham macam mana haha. 

Pelbagai jenis bingkai cermin mata murah ada di kedai Shopee Embrace Optical - https://shp.ee/x3u4dsx

Di sini saya nak berkongsi beberapa cara untuk mejaga cermin mata supaya tahan lama.

1. Sebelum lap, bersihkan cermin dengan menggunakan air terlebih dahulu. Air suhu biasa ya, bukan air panas nanti rosak lapisan cermin. Ini penting supaya apabila dilap, ia tidak meninggalkan sisa debu atau kotoran pada permukaan cermin. Kadangkala kotoran yang berada pada cermin adalah jenis yang kasar walaupun halus, jadi ia boleh mencalarkan permukaan cermin.

2. Jika menggunakan pembersih pastikan ianya khas untuk bersihkan cermin mata. Contohnya spray pencuci cermin mata atau sabun yang jenis lembut. Jangan guna sembarangan pencuci, contohnya pencuci cermin tingkap kerana ia boleh merosakkan lapisan yang ada pada cermin atau kanta. Saya pernah rasa pakai cermin mata yang lapisannya rosak, memang tak best sebab pandangan akan menjadi sedikit kabur, terpaksa tukar cermin baru. 

Dapatkan spray pencuci cermin mata di sini https://shp.ee/z5rujsf 



3. Keringkan cermin mata secara semulajadi, atau dengan kata lain selepas dicuci biarkan ia kering dengan sendiri. Atau keringkan dengan kain yang bersih dan sesuai khas untuk lap cermin mata, contohnya kain kapas yang jenis lembut atau kain microfiber. Kain yang tidak sesuai boleh mencalarkan permukaan cermin atau kanta.

Calar kalau sikit memang kita tak perasan sebab ia halus sangatttt, tapi kalau dah kerap sangat kita lap dengan kain yang tak sesuai, bahagian yang calar itu menjadi semakin besar dan menyebabkan pandangan mata kita tak terang macam awal-awal kita beli cermin mata. Ini pun saya pernah alami, jadi tukar sahaja cermin baru, selesai masalah! Tukar cermin aje tau, bingkai guna yang asal.

4. Simpan cermin mata dalam bekas yang sesuai dan bersih waktu kita tidak memakainya. Terutamanya kalau kita ni jenis yang ada cermin mata sampai dua tiga, atau kalau ada satu pun bukan jenis selalu pakai.

Simpan dalam bekas yang sesuai supaya cermin mata kita tidak kotor atau berhabuk, dan juga untuk elak dari calar, bengkok, patah atau pecah. Sepanjang 27 tahun saya pakai cermin mata, pecah je tak pernah alami. Kalau calar, bengkok, patah tu pernah la dulu-dulu.

Dapatkan bekas cermin mata di sini https://shp.ee/vy3jbep



5. Letak cermin mata dengan cara yang betul iaitu bahagian cermin menghadap ke atas. Hal ini penting untuk menjaga permukaan kanta supaya tidak tercalar. Lagi satu letak cermin mata di tempat yang sesuai dan selamat. Tak nak la nanti tiba-tiba terduduk, terpijak atau tak sengaja terletak barang atas cermin mata.

Saya pernah dulu masa zaman sekolah, tertidur dengan cermin mata. Bangun tu merata cari tak jumpa. Bingung juga la sebab macam baru je pakai, sebelum tidur tu ada, tak letak dekat tempat lain pun. Rupanya ada di bawah bantal okay. Fuhhh lega nasib baik tak rosak haha.


Okay sekian sahaja tips menjaga cermin mata supaya tahan lama. Jaga elok macam mana sekali pun, lama kelamaan akan rosak juga. Namun sekurang-kurangnya ia boleh bertahan lebih dari tiga tahun.


Nota kaki: Untuk cermin mata saya tak pernah beli di Shopee atau mana-mana kedai secara online. Saya akan walk in ke kedai fizikal untuk cuba sendiri bingkai cermin pada muka supaya sesuai dan selesa, serta untuk melakukan pemeriksaan mata.



Post a Comment

8 Comments

  1. Betul penting spek ni, macam spek mata hitam juga dah sesuai memang sayang. Tkasih share tips.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu spek hitam pun sayang. Saya punya elok cantik lagi walaupun dah lama beli.

      Sama-sama.

      Delete
  2. Terima kasih share. Saya geng rabun. Selagi spek boleh dipakai, saya lenjan je pakai. Sangat jarang tukar spek. kalau patah baru tukar. Tak pernah lagi guna pembersih tu. Saya rendam dalam shower gel kemudian tunggu kering lap dengan kain spek tu. Spek hitam pulak ada calar sikit sebab tak simpan dalam bekas tu, selit dalam handbag masa tu. Aduhaii..tercalar hati tengok. Tapi silap sendiri, kan.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Fiza. Sama la selagi boleh pakai kita pakai, sayang nak tukar2 hehe.

      Delete
  3. Uncle angkat tangan....

    Kalau takde spek unlce ni memang masuk longkang! heheheh

    ReplyDelete
  4. ammi pakai spec since 2002..sebelumnya pakai acah2 bila tak jelas br sibuk keluarkan spec..tp lama2 mcm arghhh pakai jelah sapa yg heran pun.

    plg ngeri bila kat rumah kita letak spec elok2 je atas meja mekap dlm bilik..tiba2 bila masuk tengok dah tertiarap...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah juga tu tahun 2002. Saya ni kalau tak pakai spek terus hilang keyakinan diri. Bukan apa rasa serba tak kena sebab pandangan kurang jelas hahaha.

      Delete