Berhati-hati Dengan Media Sosial


Dunia sosial media sebenarnya banyak lakonan yang tersembunyi. Pandai pandailah kita tapis ya agar tidak menjadi racun kepada diri sendiri.

Kebanyakan pengguna di media sosial hanya tunjuk kehidupan yang indah-indah, yang best-best sahaja. Jarang la orang nak bercerita tentang kekurangan, kelemahan, kesilapan yang pernah dibuat dalam hidup.

Akibatnya ia melahirkan tanggapan bahawa orang lain lebih hebat, lebih bernasib baik, lebih beruntung berbanding kita. Dan ini akan memupuk rasa sunyi, malu, hilang keyakinan diri dan kurang kepercayaan pada diri.


Contohnya ada isteri yang dari awal elok bahagia dengan suami, tiba-tiba bergaduh sebab nak suami dia jadi macam suami orang yang dia follow di sosial media.

Isteri tersebut telah meletakkan standard kebahagiaan rumah tangga dengan mengikut cara orang lain. Maka dari situ bermula bibit-bibit tak puas hati.

Sebenarnya kalau nak tahu ada sesetengah pasangan yang romantic di media sosial hanya untuk content sahaja okay. Belakang kamera haaa lantak kau la peduli apa aku. Masing-masing buat hal sendiri. Bak kata budak-budak TikTok, yang tahu je tahu #ytjt

Dalam video atau gambar memang perfect dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kalau boleh sebesar kuman pun tak boleh nampak kekurangan.

Dan ini akan menyebabkan ada sesetengah orang mudah terpengaruh dan meletakkan expectation yang sama dalam hidup, dan mengidolakan golongan tersebut sehingga langsung tidak boleh ‘disentuh’, nanti gempa bumi jadinya.


Jadi berhati hatilah dengan siapa yang kita follow di sosial media, terutamanya influencer yang banyak mempromosikan positif toksik, yang terlampau menayang kebahagiaan, terlampau menayang harta benda, yang meletakkan beauty standard melalui warna kulit dan bentuk badan.

Sebenarnya terpulanglah hak masing-masing untuk tayang apa sahaja. Kita tak boleh kawal apa yang orang nak tayang, apa yang orang nak tunjuk. Itu laman sosial media dia.

Tapi kita boleh kawal diri sendiri. Kita boleh pilih untuk tidak melihat, kita boleh pilih untuk unfriend, unfollow atau block.


Macam saya, saya okay je tak kisah pun orang nak menayang. Kalau suka saya tengok terutamanya kalau orang tayang dekorasi rumah. Seronok boleh cuci mata. Kalau tak selesa saya akan scroll laju-laju.

Kalau kita ni sejenis yang mudah tergugat, mudah terpengaruh, mudah terpesona, mudah membandingkan apa yang kita tak ada, mudah buta dengan kebaikan, nasihat saya berhati hati okay.

Nak melindungi diri dari racun sosial media ni kita memerlukan pemikiran yang realistik. Kalau tak kita susah nak proses dengan baik apa yang kita lihat dan dengar.

Itu yang jadi bila tengok kehidupan orang lain yang nampak sempurna, kita mula buat perbandingan.

Hidup kena realistik supaya kita tak berkhayal dan meletakkan expectation yang berlebihan. Kena ingat kita tidak pernah keseorangan. Setiap orang pernah merasa sedih, bimbang, down, hilang motivasi, dan pelbagai lagi perasaan.

Tak kiralah orang tu kaya duit berkepok kepok makan tak habis ke, cantik jelita ke, pasangan romantic ke, mereka tetap manusia biasa macam kita termasuk orang yang kita agungkan itu.