Hidup Untuk Memberi Manfaat


Terlalu banyak rezeki yang kita boleh syukuri setiap hari.


Rezeki dilahirkan sebagai seorang Islam, ada Al Quran dan Sunnah sebagai panduan, adanya solat sebagai penghubung kita dengan Allah, ada tempat tinggal yang selesa, makan, pakai yang cukup.

Sebab itu orang yang sentiasa bersyukur dia tak pernah mengeluh, dia sentiasa rasa cukup, dia tak pernah memandang kekurangan sebagai kelemahan. Rasa cukup tak semestinya kita terus duduk selesa bersenang lenang. 


Tak salah berusaha untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik. Jika bukan untuk diri kita tetapi untuk orang lain, kerana hidup di dunia ini bukannya tentang kita semata-mata.

Hiduplah untuk memberi manfaat kepada orang lain, kerana dalam setiap usaha kita terselit juga rezeki untuk orang lain.


Image by Prawny from Pixabay