Hari ni aku nak review sunscreen yang paling aku suka. Aku pun lupa sejak bila aku mula menggunakan sunscreen Biore UV Perfect Protect Milk Moisture SPF50+ PA+++ ini, yang pastinya sudah lebih 3 tahun.
Aku setia dengan sunscreen yang ini sebab ia sangat best dan sesuai dengan kulit.
Kulit aku jenis kombinasi, normal to oily (bahagian t-zone). Sunscreen ini mampu mengawal minyak di bahagian t-zone. Yesss serious langsung tak berminyak walaupun selepas lima enam jam. Dan juga aku suka ia punya finishing nampak smooth and soft gitu.
Pertama kali aku bertukar ke sunscreen Biore kuning ni terus wowww bestnya, terus jatuh cinta sampai tak ada keinginan nak cuba yang lain buat masa sekarang.
Okay next aku nak bagitahu sedikit info tambahan tentang sunscreen Biore UV Perfect Protect Milk Moisture SPF50+ PA+++
1. Sunscreen ini mempunyai tekstur yang ringan dan tidak melekit. Sesuai untuk kegunaan harian.
2. SPF50+ PA+++ dapat memberikan perlindungan yang tinggi terhadap sinaran UVA dan UVB.
3. Memberikan kesan matte secara serta merta, jadi tak membuatkan muka kita berkilat.
4. Mengandungi Vitamin E dan Rice Germ Extract yang berfungsi untuk melembapkan dan menyihatkan kulit.
5. Tidak mudah hilang apabila berpeluh atau kena air. Jadi kalau nak ambil wuduk boleh bersihkan guna micellar water, tisu basah atau makeup remover terlebih dahulu. Mudah dibersihkan, tak perlu pun tenyeh muka macam nak bersihkan foundation.
6. Non-comedogenic, iaitu tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan liang pori tersumbat.
7. Tidak ada white cast, serta tidak mengandungi paraben dan pewarna tambahan.
8. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Boleh dapatkan sunscreen Biore ni di Shopee Watson okay!
Tekan link ni https://shope.ee/6pOiRwQH5O