Ilmu Yang Betul Dapat Mengubah Cara Kita Berfikir


Carilah ilmu dan jadilah orang yang berilmu. Ilmu adalah rezeki dari Allah untuk membantu kita membina kehidupan supaya menjadi lebih baik.

Ilmu dapat mengubah cara kita dalam melakukan sesuatu perkara. Ilmu yang betul dapat membantu kita untuk buat kerja dengan betul.

Contohnya dalam melakukan marketing untuk bisnes. Kita boleh tengok macam mana cara kerja orang bisnes yang berilmu dengan yang tidak.



Orang bisnes yang berilmu tak perlu buat marketing murahan untuk buat orang perasan kewujudan dirinya dan produk.

Orang bisnes yang berilmu akan dihormati walaupun dia tak minta. Tak perlu beli pangkat atau menunjuk-nunjuk kemewahan untuk buat orang pandang.

Nak menjadi orang berilmu tak perlu pun belajar sampai ada sepuluh PhD dan kena tahu semua perkara. Cukuplah kita rajin mencari ilmu berkaitan apa yang sedang kita kerjakan, apa yang kita akan lakukan, dan apa yang kita nak perbaiki. 

Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (Riwayat Muslim)