Di media sosial kita bebas untuk menulis apa sahaja asalkan tidak menyentuh sensitiviti masyarakat, kaum, agama, dan negara.
Kadangkala kita menulis tentang kebaikan pun ada yang tak suka, katanya kita menganggap diri telah suci.
Aku menulis tentang self-care, self-love, mental health, dan pembangunan diri pun ada yang sentap. Ini memang niche content aku di media sosial.
Ada satu hari tu aku menulis tentang kalau kita banyak mengeluh tentang masalah hidup, ia tidak akan membantu apa-apa. Mengeluh sikit-sikit tu biasa la, dah namanya manusia kan.
Tapi kalau setiap hari mengeluh tentang masalah, ia akan memberi kesan pada kesihatan mental. Hidup akan jadi tersekat dan sentiasa nampak banyak halangan berbanding peluang.
Ehhh dia kata aku tuju status tu pada dia. Kita ni kenal dia pun tidak. Apabila diselidik, ohhh rupanya dia banyak mengeluh pasal bisnes, tapi income masih ada, masih boleh makan.
Ramai lagi kawan-kawan lain yang tengah ada masalah dalam bisnes sekarang ni, hilang pendapatan, hutang menimbun.
Aku juga orang bisnes. Banyak tulisan aku adalah peringatan untuk diri sendiri.
Dan sebagai mental health advocate, menjadi tanggungjawab aku untuk membuat awareness tentang kesihatan mental.
Bisnes jatuh, bisnes rugi kita kita boleh naikkan balik walaupun ambil masa yang panjang. Tetapi dengan attitude sikit-sikit nak triggered, sikit-sikit nak beremosi, dan mudah bersangka buruk pada orang, boleh menjadikan kita susah untuk bangkit kembali.
Dunia ini bukan berputar untuk kita seorang sahaja tau sampai semua benda kita rasa orang tuju kepada kita. Bukan kita satu-satunya manusia yang wujud di dunia ini.
Penting sangat ke diri kita ini sampai boleh terfikir jika tulisan itu berkaitan dengan diri kita maknanya orang tuju kepada kita?
Nota kaki: Sebenarnya ini perkara biasa yang dilalui apabila kita banyak menulis tentang kehidupan.