24 January 2019

Resepi Ayam Masak Gajus


Lamanya missnick tak share resepi kan hehe. Pertama, ada time malas masak jadi dapur tak berasap. Kedua, time rajin masak tu memang masak laju-laju macam kena kejar hantu. Jadi memang kirim salam lah nak pegang henfon ambil gambar satu persatu.

Hari ni nak share resepi ayam masak gajus. Korang kena cuba tau, serius sedap wei! Okay don’t talk too much, mari kita tengok apakah bahan-bahannya. Mudah sangattt!

Bahan-bahan:

4-5 ketul isi ayam (dipotong kecil)
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh garam

100 gram kacang gajus (sangai atau panggang)
4 tangkai cili kering (dipotong)
1 biji bawang besar Holland (dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (dihiris atau dicincang halus)
2 inci halia (dihiris atau dicincang halus)
1 biji capsicum hijau
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
Sedikit air
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara Memasak:

1. Gaulkan isi ayam dengan garam dan tepung jagung.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Goreng lada kering sehingga garing dan masukkan halia, bawang putih, dan bawang besar. Tumis sehingga garing.
4. Masukkan sos tiram, sos tomato, isi ayam, capsicum, dan sedikit air.
5. Biarkan sedikit kering. Kemudian masukkan kacang gajus dan kacau rata.
6. Tutup api. Okay dah settle.

Selamat mencuba! 

Gaul ayam dengan tepung jagung dan sedikit garam

Humban ayam ke dalam minyak panas

Cili kering tu goreng dulu sampai garing, bukan sampai hangit ye.

Humban segala bawang dan halia. Kena kacau selalu kang hangit pulak. Tak perlu kacau tanpa henti pun, lenguh tangan tu.

Masukkan air sikittt. Kalau nak berkuah banjir sila adjust balik semua bahan-bahan ye bagi cukup rasa. Ini nampak je macam banyak kuahnya. Dah masuk ayam nanti takde macam ni.

Masukkan ayam dan kacang gajus. Gaul sampai rata semua.

Siapppp. Nahhh kau berkilat-kilat ayamnya.

No comments:

Post a Comment