22 April 2019

Kembali ke Gym


Setelah sekian lama tak jejak kaki ke gym, hari ni tiba-tiba rajin pulak. Mimpi apa entah malam tadi. 🤣


Done cycling 4km, jogging and running 2km. Semoga terus rajin sampai bila-bila. Sebelum ni aku memang rajin exercise, buat morning and evening walk, jogging, aerobic. Lepas tu sejak busy nak mampsss dengan bisnes, terus ke laut segala exercise.


Semalam umur bertambah lagi satu angka, tiba-tiba insaf haha. Badan nak pakai lama, kalau boleh biarlah kekal sihat, cergas, dan cerdas sampai ke tua. Lagi satu, exercise yang konsisten dapat melambatkan aging process. Penting hokay! 😘


Dalam proses susun balik jadual kerja. Sibuk macam mana pun kena selit sikit masa untuk exercise. Apa guna duit berkepuk kalau mental dan fizikal tidak berada pada tahap yang memuaskan. Gituhhh. Belum terlambat lagi untuk ubah. Jom! 🤗


Ehhhh sekejap, by the way duit tu belum berkepuk lagi. Masih nyawa-nyawa ikan hehe. Tengah gigih berusaha ni haaaa. Semoga dipermudahkan. Insya Allah.