Resipi Chocolate French Toast


Assalamualaikum...


Alhamdulillah buat pertama kalinya sepanjang blogging, aku berjaya update resepi pada hari pertama ia disediakan....okey syabas untuk diri sendiri! Kalau aku tak update terus hari ni kan....confirm minggu depan, bulan depan atau pun tahun depan baru aku update tau. Penyakit apakah ini???? Tu la orang kata kan bertangguh itu tak baik hehe.

Hari ni sabtu...hari bersenang lenang berseronok di rumah. Kalau sebelum ni aku mengajar part time hari sabtu....sekarang tiada lagi untuk sementara. Boleh la melepaskan lelah sekejap...tidak perlu fikir tentang kerja hakiki time hujung minggu...cukup la mengajar lima kali seminggu je. Weekend boleh spend time dengan kesayangan, mengadap blog, dan dapat berikan fokus yang lebih kepada bisnes. Ini penting tau sebagai terapi untuk hidup bahagia.

Pagi tadi aku sediakan roti je untuk breakfast kami suami isteri...dan minum teh blueberry panas panas hoho. Roti bukan sebarang roti tau...jom tengok macam mana nak buat Chocolate French Toast ni.


Bahan-bahannya:

- 6 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu cair
- 1/2 sudu kecil gula
- 1/2 sudu kecil esen vanilla
- Secubit garam
- Kepingan coklat
- 1 sudu besar mentega / marjerin
- Sedikit gula (untuk tabur)

Cara menyediakannnya:

1. Campurkan telur, susu cair, gula, esen vanilla, dan garam dalam satu bekas. Pukul dan tuang sedikit daripada adunan ke dalam bekas lain. Celupkan roti dan susunkan kepingan coklat di atasnya.

2. Tutup dengan sekeping lagi roti. Kemudian tuang adunan yang satu lagi di atasnya dan pastikan adunan tersebut menyaluti keseluruhan roti.

3. Panaskan mentega dan bakar roti menggunakan pan hingga kekuningan.

4. Selepas itu angkat dan taburkan sedikit gula di atasnya.


 
Celupkan roti dalam adunan



 Susun kepingan coklat di atas roti



Tutup dengan sekeping lagi roti dan tuang adunan di atasnya


Lepas tu letak atas pan yang sudah dipanaskan... dan inilah hasilnya.


Roti tu korang nak goreng kekuningan ke kecoklatan ke tak kisah. Jangan sampai kehitaman dah la...itu hangit namanya. Lepas tu potong dua bahagian roti tu baru nampak coklatnya....bayangkan la roti yang kaya dengan coklat dan cair pulak tu dalamnya. Rasa lemak manis masin semua ada....sedappp!

Okey bye....selamat mencuba :)


Post a Comment

4 Comments

  1. Wowww! Selalunya saya buat cheese toast je utk anak2.. lepas ni boleh cubalah choc toast nih.. tq dear for sharing! ♡♡

    ReplyDelete
  2. sedapnya.. menyelerakan... nak suruh mama buat la...

    ReplyDelete