2019 Reading Challenge


Saya bukan ulat buku tapi saya suka membaca. Kalau nak tau apa-apa, pertama sekali saya akan cari bahan bacaan. Kemudian baru rujuk guru supaya lebih faham. Sebab saya tak suka mengadap guru dalam keadaan kosong. Nanti terkebil-kebil mata nak tangkap apa benda yang dicakap.


Dua hari lepas tengok rak buku, masih ada buku yang belum habis dibaca, yang belum disentuh pun ada tau haha. Iya saya suka membeli buku, sampai tak terkejar nak habiskan. Macam membazir pula dan membazir itu saudara saitonnnnn.


Memandangkan sekarang ni sedang berehat sementara dari mengajar, dah tak payah nak mengadap buku-buku akademik yang tebal 40 inci, termasuk artikel dan jurnal yang panjang macam kereta api tu. Tiba-tiba tinggg datang idea nak buat 2019 Reading Challenge. Nak habiskan baca semua buku di rak tu termasuklah buku-buku yang sudah dibaca. Ambik kauuu, yang sudah dibaca pun nak baca balik. Bukan terlebih rajin, saje nak revise sebab ilmu pengetahuan itu perlu disiram supaya tak mati.


Membaca bukan setakat dapat menambah ilmu pengetahuan, ia lebih dari itu. Esok insya Allah saya kongsikan apa manfaat membaca termasuklah ke atas psikologi manusia.


Kalau uols dah tahu apa manfaatnya, confirm setiap hari nak membaca. Stay tuned gais!