Resipi Ayam Sambal Madu


Haiii haiiii haiiii. Sudah beberapa hari tak update resepi, sebab saya tak masak huahuahuaaa. Sibuk campur dengan malas nak kupas bawang. Itu level malas tahap dewa tu haha. Sebab tak berapa nak rajin, jadi menu pun simple aje lah. Ayam masak sambal madu.


Okay jom tengok resipi di bawah.


BAHAN-BAHAN A

• 500 gm ayam (dibasuh dan toskan)
• 4 sudu makan sos tomato
• 1 genggam mix veggie
• 1 labu bawang besar (dihiris)
• 4 sudu makan madu
• Sedikit air
• Minyak masak
• Garam secukup rasa
• Sedikit serbuk kunyit


BAHAN-BAHAN B (DIKISAR)

• 20 tangkai cili kering (saya guna 5 sudu besar cili kering yang sudah dikisar)
• 1 labu bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 1 inci halia


BAHAN-BAHAN C (UNTUK DITUMIS)

• 1 batang kulit kayu manis
• 1-2 kuntum bunga lawang
• 2 biji buah pelaga
• 3 kuntum bunga cengkih


CARA MEMASAK

1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga masak. Kemudian ketepikan.

2. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan yang dikisar dan kacau sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam, sos tomato, mix veggie, bawang besar, madu, dan sedikit air. Kemudian kacau sehingga rata. Kalau rasa masih kurang, boleh tambahkan sedikit garam.

4. Apabila sudah pekat, boleh diangkat dan dihidangkan.


Okay siap. Selamat mencuba!


Bahan-bahan C yang untuk ditumis


Bahan-bahan B yang dikisar


Kita goreng ayam sampai masak


Tumis bahan-bahan yang dikisar sampai pecah minyak


Masukkan ayam dan lain-lain bahan A. Kacau rata.


Yesss sudah siap. Inilah hasilnya ayam sambal madu.


Post a Comment

0 Comments