Resipi Puding Roti Sos Kastad


Selalu up resipi lauk aje kan. Jadi hari ni kita ubah selera sikit. Dah lama sebenarnya saya tak buat puding roti ni. Alhamdulillah menjadi juga puding rotinya. Tahap menjadinya tu layak la untuk dijual. Hahaha asyik fikir nak menjual aje. Otak bisnes katanya.


Sedap sangat makan dengan sos kastad sejuk sejukkk. Okay jom tengok resipi di bawah.


BAHAN-BAHAN UNTUK PUDING ROTI

8 keping roti
*500 ml fresh milk atau full cream milk
*2 sudu besar butter (biarkan pada suhu bilik supaya lembut)
*60 gm brown sugar. Gula putih biasa pun boleh.
*3 biji telur
*1 sudu teh esen vanilla
Kismis 


BAHAN-BAHAN UNTUK SOS KASTAD

1 tin susu cair
3/4 cawan air kosong
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula


CARA MEMASAK

1. Campurkan semua bahan yang bertanda * dalam satu bekas. Kacau atau pukul semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati.

2. Roti dipotong kecil atau nak koyakkan pun boleh. Susun roti dalam loyang.

3. Tuang bahan-bahan yang dipukul tadi ke atas roti. Biarkan sekejap sehingga adunan meresap ke seluruh bahagian roti. Kemudian taburkan kismis.

4. Sementara itu, panaskan oven dengan suhu 180C dan bakar selama 50 minit, atau bergantung kepada oven masing-masing. Api atas bawah ya. 

5. Untuk sos kastad, masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk. Masakkan dengan api yang sangat kecil. Sentiasa kacau sampai pekat.

6. Apabila sudah masak, tunggu sejuk dulu baru potong, dan sedia untuk dihidang. Sos kastad tu letak dalam peti ais lagi sedap. Rasa berkrim sejuk-sejuk gitu bila dimakan.


Okay siap. Selamat mencuba!



 Bahan-bahan yang bertanda *...yang dalam botol tu esen vanilla. Biasa la orang berniaga tak boleh guna yang botol kecik, sehari je boleh habis.



 Campurkan bahan-bahan yang bertanda * dan pukul hingga sebati



 Susun roti elok-elok. Nak potong boleh, nak koyakkan pun boleh.



 Tuangkan adunan ke dalam loyang. Biarkan sekejap bagi meresap ke seluruh bahagian roti.



 Ini dia kita masak sos kastad pulak sementara tunggu puding masak kat dalam oven.



 Tinggg bunyi oven. Okay dah siap!



Ini dia puding roti sos kastard banjir. Makan sejuk sejuk huiiii sedapnya.


Post a Comment

0 Comments