Bisnes Bukan Hanya Melibatkan Urusan Jual Beli


Bisnes. Semua orang boleh bisnes kalau dia mahu. Tapi tak semua orang mampu fokus dengan baik dan terus sustain. 


Sebab bisnes bukan hanya melibatkan urusan jual beli, “mari mariiiii dua singgit dua singgit” atau pun update gambar dengan caption “berminat piyem tepi, piyem atas, piyem depan belakang” lepas tu bertanduk tunggu customer whatsapp. 


Kenapa wajib fokus? Supaya kita ada pengetahuan yang baik tentang produk atau servis yang dijual. Ini adalah perkara paaaaaling basic dalam bisnes. Kalau product knowledge pun blur blur ayam, macam mana nak explain pada bakal pembeli.


Adakah produk yang kita jual itu dalam kategori keperluan atau kehendak? Kalau produk itu keperluan, bagaimana nak tackle bakal customer supaya beli dengan kita. Begitu juga dengan produk kehendak, bagaimana nak tackle supaya prospek tak sabar sabar nak dapatkannya. 


Okay marilah kita berfikir.




Post a Comment

0 Comments