Resipi Ayam Goreng Tomyam





Haiii semua. Pernah makan ayam goreng tomyam? Sedap okay, feeling feeling duduk di Thailand gitu. Dia punya rasa tu slurppp memang padu sebab pes tomyam menyaluti setiap isi ayam.


Okay jom tengok resepi di bawah.


BAHAN-BAHAN A

1 mangkuk isi ayam yang dipotong kecil
1 batang serai (diketuk)
1 sudu makan pes tomyam
5 biji limau kasturi (diambil airnya)
1 pokok daun ketumbar (dipotong kecil)
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa


BAHAN-BAHAN B (DIHIRIS)

5 biji cili merah
8 biji cili api
1 inci halia
1 labu bawang besar 


CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang dihiris dan serai yang sudah diketuk sehingga wangi.

2. Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masakkan sehingga lembut.

3. Masukkan perahan air limau kasturi yang sudah dibancuh dengan pes tomyam dan daun ketumbar. 

4. Letak sedikit garam sebagai penambah rasa. Tak nak letak pun boleh. Kacau sehingga rata.

5. Kemudian, boleh diangkat dan dihidangkan.

Okay siap. Selamat mencuba!


 Bahan-bahan untuk ditumis


 Kita kasi campak dalam kuali. Tumis sampai wangi.


 Masukkan ayam. Masak sampai lembut.


Ini daun ketumbar, pes tomyam, dan perahan air limau kasturi.


 Okay kita gaul macam ni. Tak gaul pun takpe sebenarnya sebab nak masukkan dalam kuali nanti. Saje je kan hehe.


 Lepas tu masukkan bancuhan tadi. Gaul rata.


Inilah kejadiannya. Masa masak jangan main handphone tau hahaha. Habis overcooked cili dengan daun ketumbar.


Post a Comment

0 Comments