14 Tanda-Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental


Jika kita mengalami beberapa perasaan atau tingkah laku seperti di bawah, secara berterusan atau dalam jangka masa tertentu, kemungkinan itu adalah tanda-tanda awal masalah kesihatan mental.


1. Makan atau tidur secara berlebihan atau sikit

2. Menjauhkan diri dari orang lain dan aktiviti yang biasa dibuat

3. Mengalami kekurangan tenaga

4. Rasa seperti tidak ada perasaan, rasa kosong

5. Mengalami rasa sakit yang tidak dapat dijelaskan

6. Rasa tidak berdaya atau tidak ada harapan

7. Merokok, minum minuman yang memabukkan, atau mengambil dadah lebih dari kebiasaan

8. Merasa keliru, pelupa, terpinggir, marah, kecewa, bimbang, atau takut

9. Memaki hamun atau bergaduh dengan keluarga dan kawan-kawan tanpa sebab yang kukuh

10. Mengalami perubahan mood yang teruk hingga menimbulkan masalah dalam hubungan

11. Mempunyai pemikiran dan memori yang berterusan bermain dalam ingatan, dan tidak mampu dipadam

12. Mendengar suara atau mempercayai sesuatu perkara yang tidak betul

13. Berfikir untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain

14. Tidak berupaya untuk melakukan tugasan harian seperti menjaga anak-anak atau pergi kerja


Peringatan: Ini hanyalah tanda-tanda secara umum sahaja. Untuk diagnosis yang tepat sila berjumpa dengan doktor psikiatri. 


Semoga posting ini bermanfaat untuk semua. Insya Allah.


Image by Gordon Johnson from Pixabay