Belajar Tentang Hakikat Rezeki Dalam Buku Mudahnya Menjemput Rezeki


Ini buku pertama tentang rezeki yang aku beli pada tahun 2014 dulu. Maknanya sudah enam tahun buku ini ada di rak buku dalam bilik kerja di rumah. Rasanya dah beberapa kali update pasal buku ni. 




Walaupun diri banyak kekurangan, buku ini menjadi motivasi dan peringatan untuk sentiasa berusaha lakukan kebaikan. Dan banyak cerita tentang rezeki yang boleh dijadikan pengajaran.

Aku ada banyak koleksi buku. Kali ni saje ulang balik baca sepintas lalu sebab suka cerita yang ada dalamnya walaupun dah baca banyak kali. Next time kita update pasal buku lain pulak ye.

Belajar tentang rezeki telah mengubah mindset dan cara aku memandang sesuatu perkara yang ada dalam kehidupan. Mendidik hati untuk terus bersyukur dengan apa yang ada. 

Merangsang jiwa untuk terus bekerja kuat dalam mencapai impian. Memberi kesedaran untuk menghargai setiap kelebihan dan kekuatan diri.

Aku belajar tentang hakikat dan jenis-jenis rezeki. Belajar bahawa Allah SWT sentiasa membantu diri ini.

Dalam buku ini ada dibocorkan rahsia-rahsia untuk menjemput rezeki datang kepada kita. 

Dalam buku ini juga ada beberapa kisah benar tentang keajaiban yang berlaku apabila kita bertindak menjemput rezeki dengan cara yang Allah SWT reda. 

Dalam buku ini aku belajar membina impian dengan betul. Belajar bagaimana untuk set matlamat dengan jelas. Adakalanya terbabas juga haha, mujur tak masuk ke dalam longkang. 

Sebab itu aku suka baca buku seperti ini berulang kali, sebagai peringatan untuk sentiasa memperbaiki diri. Kita usaha sama-sama ya. Masa terus berjalan, semoga kita dapat menjadi manusia yang berguna dan mampu memberi manfaat kepada orang sekeliling kita.


Mana nak dapatkan buku Mudahnya Menjemput Rezeki? Boleh dapatkan di Shopee. Klik link ini untuk pembelian https://shope.ee/5zncGi14oT