12 Mesej Untuk Orang Bisnes


1. Nampak orang berjaya, kena observe apa yang dia dah buat sampai boleh berjaya.

2. Mulakan dengan apa yang ada di tangan.

3. Mesti bermula step by step. Buat sesuatu ikut kapasiti atau keupayaan kita. Orang yang baru sebulan bermula lain kapasiti dia, orang yang dah lima tahun lain kapasiti dia.

4. Mesti ada big why, matlamat, set tindakan dan terus push diri untuk capai.

5. Tindakan mesti selari dengan target. Jika target besar, tindakan juga mesti besar.

6. Pergi cari ilmu dan ubah diri untuk berjaya.

7. Apabila menuntut ilmu ego kena letak tepi, jaga adab berguru. Jika apa yang guru ajar kita dah tahu it’s okay, jangan kata elehhh ajar itu je. Kena ingat apa yang kita tahu itu masih ramai yang tak tahu.

8. Rasa dah tahu dan tak payah belajar perlahan-lahan akan membunuh perjalanan bisnes kita.

9. Dengan adanya ilmu yang betul, speed kita dalam bisnes akan bertambah laju.

10. Jaga speed, jangan terhegeh hegeh nanti lambat sampai.

11. Jaga energy, jangan lemau atau bersedih lama sangat. Nanti kejayaan tak nak datang pada kita.

12. Sabar dan trust the process!


Image by StartupStockPhotos from Pixabay 


Post a Comment

0 Comments