Enjoy The Journey Dalam Bisnes


Dalam bisnes, walau berapa pun sales yang kita dapat, sikit atau banyak, wajib wajibbb bersyukur. Sebab itu adalah hasil dari usaha dan kerja keras kita. Tak semestinya bulan ni bersungguh bulan ni pommm melonjak terus dapat banyak. Apa yang penting ialah kena sabar dan konsisten, lama kelamaan sales akan meningkat.


Sentiasa bersyukur walau berapa pun yang kita dapat. Bersyukur juga menjadikan kita lebih yakin dengan diri sendiri, menjadikan kita faham tentang fasa dalam bisnes. Kita tahu kita mampu untuk pergi makin jauh. Kita tahu yang kita berada di atas landasan yang tepat. Lagi satu kita tahu bahawa kejayaan itu mengambil masa.


Dalam bisnes kita semua bermula dari kosong, kecuali jika kita adalah anak papa pemilik Megah Holdings. Kita naik ke level satu, dua, tiga, dan seterusnya. Kita menikmati jatuh bangun dunia yang kita sudah kita pilih itu.


Enjoy the journey and trust the process okay! Ini adalah ayat yang saya pegang bila usahakan sesuatu kerja, yang menjadikan saya sabar buat satu persatu, sampai dapat apa yang saya nak.


Saya doakan kalian yang baca posting ini juga sentiasa kuat dan sabar dalam apa jua yang dilakukan sekarang. Insya Allah.