Manfaat Oatmeal Untuk Kesihatan


Menjaga pemakanan adalah salah satu bentuk self-care. jadi azam saya tahun ni nak fokus jaga kesihatan fizikal dan mental. Nak badan yang cergas, otak yang cerdas, dan kulit sihat bersinar glow flawless cantik menawan. Gituuu kau!

Sebelum ni saya tak jaga sangat makan, main bantai je ikut apa yang teringin di tekak. Saya macam tak kisah sangat pun tentang kandungan dan keseimbangan nutrisi. Konsepnya asalkan kenyang haha.

Biasanya saya makan oat dengan susu atau milo. Untuk breakfast hari ni siap ada buah buahan okay. Sedap juga.



Oat kosong aje tu, campur air panas. Tunggu kembang sekejap lepas tu campur buah kiwi, blueberry, dan kismis. Meh sini nak cerita secara ringkas tentang khasiat oat.


1. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral. Contohnya magnesium, folate, zinc, vitamin B1, vitamin B5, dan lain-lain.

2. Kaya dengan antioksidan

3. Mengandungi fiber yang dikenali sebagai beta-glucan.

4. Mengurangkan paras kolesterol, seterusnya merendahkan risiko penyakit jantung.

5. Mengawal kandungan gula dalam darah.

6. Sihat, kenyang walaupun makan sikit, dan dapat membantu menurunkan berat badan.

7. Melegakan masalah sembelit.


Itu sahaja, ringkas katanya. Sekadar untuk pengetahuan umum.


Nak baca versi panjang korang boleh Google, contohnya tentang kebaikan antioksidan, folate, vitamin B semua tu. Pastikan dari sumber yang sahih. Pasal buah kiwi, blueberry, dan kismis lain kali saya tulis.


Ada pelbagai jenis oat di pasaran. Boleh dapatkan di Shopee ya. Tekan link di bawah.

Kellogg's Instant Oats https://shp.ee/a4wntw9 

Australian Rolled Oats / Instant Oats https://shp.ee/dxjcetr

QUAKER Oatmeal https://shp.ee/u9xzw9r 



Post a Comment

0 Comments