6 Jenis Self-Care


Orang yang bahagia dia mampu membahagiakan orang lain. Jadi sayangi dan hargai diri sendiri terlebih dahulu sebelum fokus pada orang lain. Di sini aku nak kongsikan 6 jenis self-care yang kita semua boleh praktikkan untuk kesejahteraan mental dan fizikal.


1. Emotional Self-Care

Mengambil berat tentang keperluan emosi diri. Ini penting kerana apabila emosi terabai, kita akan jadi cepat letih dengan keadaan sekeliling, mudah rasa marah, sensitif, dan mudah rasa kecewa.

Apa yang kita boleh buat adalah dengan belajar untuk berkata tidak kepada sesetengah perkara, kenal pasti apa yang boleh trigger emosi kita, praktis positive self-talk, dan lain-lain.

Aku faham ada sesetengah orang ada kesukaran dalam mengurus emosi diri. It’s okay kita cuba setakat mana yang mampu. Kalau dah tak mampu sangat boleh dapatkan bantuan dari pihak yang sepatutnya seperti kaunselor atau orang yang kalian percaya boleh membantu.


2. Practical Self-Care

Perkara yang kita buat untuk memenuhi aspek asas kehidupan supaya dapat mengelak dari situasi tertekan pada masa hadapan. Kita nak menjadikan kehidupan kita lebih tersusun dan teratur.

Contohnya yang pertama ialah membuat belanjawan peribadi supaya kita boleh pantau setiap sen yang dibelanjakan. Tak ada la tiba-tiba pening mana la duit aku ni pergi. 

Kedua kita boleh buat jadual harian dan to-do-list, supaya setiap kali bangun pagi kita tahu dan jelas dengan apa yang nak dibuat pada hari tersebut. Susun keutamaan supaya kita nampak mana kerja yang sangat penting, kurang penting dan tidak penting. Jadi takde la setiap kali bangun pagi duduk termenung berfikir nak buat apa. Tiba-tiba eh dah malam, barulah sedar yang kita sudah banyak membuang masa pada hari tersebut dengan membuat kerja yang tidak penting.

Contoh yang ketiga ialah menyusun barang-barang secara teratur. Maksudnya setiap barang itu berada pada tempatnya dalam keadaan tersusun. Buang barang-barang yang dah tak guna. Perkara macam ni nampak kecil tetapi besar kesannya pada emosi. Ia menjadikan kita seronok dan tenang. Salah satu sebabnya ialah senang nak cari barang, tengok je terus nampak. Berbanding kalau bersepah, tengok pun dah stress, belum lagi mencari, sampai sakit kepala pun belum tentu jumpa.


3. Physical Self-Care

Aktiviti yang kita lakukan untuk meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan fizikal kita.

Contohnya bersenam. Kalau tak ada masa sangat sekurang-kurangnya buatlah apa sahaja aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh dan sesuai dengan diri kita.

Senaman dapat mengeluarkan hormon yang dapat memperbaiki mood dan menjadikan kita lebih gembira, meningkatkan tenaga, memperbaiki fungsi otak, membantu kita untuk lebih rileks.

Contoh lain ialah dengan minum air secukupnya untuk kekal hidrat, tidur yang cukup, dan lain-lain aktiviti yang badan kita perlukan supaya sentiasa sihat dan bertenaga.


4. Mental Self-Care

Aktiviti yang boleh merangsang minda dan kepintaran kita.

Contohnya ialah kita duduk bersendirian sambil menenangkan fikiran, rehatkan badan dan minda dari perkara-perkara yang membuatkan kita penat dan stress. Nikmati situasi tersebut dengan penuh tenang. Dalam masa yang sama boleh lakukan meditasi. Bagi orang islam kita boleh berzikir sambil menghayatinya.

Selain itu kita juga boleh membaca buku, menulis, melukis, bermain catur, mendengar muzik, mendengar ceramah agama, motivasi atau ilmu, bermain game, dan apa sahaja aktiviti santai yang bermanfaat, yang boleh membuatkan kita rileks dan membantu kita berfikir.



5. Social Self-Care

Pada asasnya manusia adalah makhluk yang bersosial. Kita perlukan perhubungan dengan orang lain untuk terus berkembang maju. Walaupun kita seorang yang introvert, kita tetap memerlukan interaksi sosial dengan orang lain cuma dengan cara tersendiri. 

Aktiviti sosial dapat memupuk dan merapatkan hubungan dengan mereka yang penting dalam hidup kita. Kita akan dapat satu perasaan yang menyeronokkan selepas berinteraksi dengan orang yang kita rapat. 

Contohnya keluar makan dengan kawan baik, bersembang dengan ibu bapa, buat panggilan video dengan keluarga yang jauh atau apa sahaja aktiviti sosial yang boleh mendekatkan kita dengan orang tertentu.


6. Spiritual Self-Care

Spiritual self-care terpakai untuk semua orang, tidak kira sama ada mereka ada agama atau tidak.

Apa sahaja aktiviti spiritual dapat memupuk semangat dalam diri kita, yang membolehkan kita hidup dan berfikir dengan tenang. Setiap orang mempunyai cara yang berbeza dalam melakukan spiritual self-care, mengikut kepercayaan dan keselesaan masing-masing.

Contoh: meditasi, aktiviti keagamaan, solat/zikir/membaca Quran (bagi orang islam), melakukan refleksi diri, melakukan kerja-kerja kebajikan, meluangkan masa dengan alam semulajadi, dan melakukan sesuatu yang boleh memberikan semangat dan inspirasi.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.