Floor Decking untuk Dekorasi Ruang Balkoni


Sejak bekerja sendiri di rumah ni macam-macam idea datang untuk mendeko rumah. Dulu masa bekerja di pejabat, aku tak peduli pun pasal deko deko ni. Lantak la asalkan rumah bersih dan kemas.

Sebab masa tu sangat sibuk dengan kerja hakiki yang boleh tahan banyak bebanannya. Lepas tu dengan bisnes lagi. Aku macam takde kehidupan lain time tu, selain kerja dan bisnes. Selepas berhenti kerja dan fokus bekerja sendiri, baru rasa ohhh betapa luasnya dunia ini haha.

Aku buka Pinterest nak tengok idea dekorasi balkoni rumah jenis apartment atau kondominium. Macam-macam jenis dekorasi ada. Aku tertarik dengan hiasan balkoni yang menggunakan floor deck. Terus buka Shopee untuk aktiviti mencuci mata. Orang perempuan ni dapat cuci mata secara online pun dah bahagia.

Sesiapa yang sedang mencari floor deck untuk untuk dekorasi ruang balkoni, boleh tengok pada gambar ya. Aku dah letak link kedai Shopee. Setiap gambar yang aku masukkan semua tu dari kedai yang berbeza dan link juga berbeza.