Goreng Ikan Siakap Guna Air Fryer Russell Taylors


Tadi saya ada update di facebook story masak ikan siakap sweet sour. Tapi sebab lapar sangat tak sempat nak ambik gambar ikan yang dah siap masak. 😂

Mula mula tu nak goreng ikan guna minyak je. Lepas tu fikir balik dah la harga minyak masak macam kayangan sekarang ni. Nak goreng ikan siakap besar kena guna minyak yang banyak.

Ehhh air fryer kan ada. Beli untuk guna bukan untuk dijadikan perhiasan haha.



Jadi letak je ikan dalam basket air fryer. Masuk, tekan tekan, tinggal, dan duduk depan tv main handphone. Dah siap nanti akan ada bunyi teettt teetttt teeetttt. Tak payah nak cek takut ikan hangit, tak payah nak terbalikkan. Very da rileks okay.

Saya guna air fryer brand Russell Taylors. Saya suka sebab yang ini jenis digital. Nak goreng ikan, tekan butang lambang ikan. Nak goreng ayam, tekan butang lambang ayam, dan ada beberapa butang lagi. Air fryer jenis ini automatik akan setkan suhu dan masa. Tak payah nak pusing-pusing tombol.

Andai kata nak setkan sendiri suhu dan masa pun boleh. Tekan je butang yang ada. Sebelah kanan butang masa, sebelah kiri butang suhu.

Nak off, on, pause semua boleh, tekan je butang. Tak semua air fryer ada fungsi off, on dan pause tau.

Lagi satu saya suka sebab design nampak smart dan moden. Boleh la jadikan penyeri di dapur.

Saiz basket pun besar. Kapasiti 5.5L. Boleh muat ayam seekor.


Di mana saya beli air fryer Russell Taylors ni? Sudah tentunya di shopee. Ini link official store Russell Taylors https://shp.ee/wkuwfy2


Nota kaki: Saya memang suka dengan gajet dapur. Jenis suka memasak tapi tak suka duduk dapur lama-lama. Panas berpeluh nanti cair lemak yang disimpan bertahun-tahun. 😆



Post a Comment

0 Comments