Kedai Kasut XES di Shopee


Kisah beberapa hari lepas. Aku nak keluar pergi NSK. Buka pintu rumah, ambil selipar di rak, dan terus pakai. Kaki baru melangkah satu langkah, rasa macam tak selesa. Tengok bawah, tu diaaa selipar dah menganga macam mulut buaya lapar.

Dah la itu je selipar yang aku ada. Selebihnya semua kasut bertutup. Dalam hati kata, “takpe la di NSK ada kedai kasut XES, boleh la rembat sepasang dua selipar baru kat situ. Lepas tu baru teringat, sekarang kan PKP, kedai kasut tutup.

Lantak pi la, nanti fikir kemudian. Maka aku ambil kasut di rak, pakai dan terus keluar. Nak pergi beli ayam pun bukan main pakai kasut cantik. Nasib baik tak terpercik air ikan kat kasut. Tahu lah suasana di pasaraya NSK tu macam mana, bukan macam Aeon.

Gaisss kalau nak tahu kedai kasut XES ada di Shopee okay. Aku baru berkesempatan nak survey selipar baru, nak ganti yang dah bertukar jadi buaya tu. Untuk selipar basahan aku suka beli yang mur mur. Jadi kedai kasut XES adalah antara pilihan utama. Sekarang aku tengah pening nak pilih yang mana.


Kalau korang pun tengah mencari selipar atau kasut baru, ini link kedai kasut XES di Shopee https://shp.ee/heupstr



Apa beza awak dengan kasut? Kasut boleh digunakan sebagai alas kaki. Awak? Entah lah saya pun tak tahu. Ikut awak la nak sambung pickup line ni macam mana. 😆



Post a Comment

0 Comments