Beli Jeruk Buah Kundang di Shopee


Sebagai kaki Shopee tegar, jeruk buah kundang pun saya beli di Shopee hehe. Orang Kelantan panggil buah setar.



Ini cerita beberapa minggu lepas, baru nak update sebab tengok ada gambar dalam galeri phone. Sebelum delete kita simpan dulu kat sini. Buah kundang dah habis musim. Kalau nak terpaksa la tunggu tahun depan ya.



Dapat makan jeruk buah kundang ni dapat lah melepas sedikit kerinduan pada kampung halaman. Dulu masa kat kampung, setiap kali musim buah kundang memang seronok lah. Buah yang warna hijau dijadikan jeruk, ada yang buat colek cecah dengan gula, garam, kicap, dan cili padi.

Kalau yang dah masak kuning tu makan macam gitu aje la, sedappp tak masam macam yang hijau. Okay taip sambil telan air liur haha.



Walaupun jeruk buah kundang dah habis kat kedai Shopee yang ni, makanan lain ada. Antara yang saya suka ialah karipap mini serunding ikan, coklat gula melaka, dan ada beberapa lagi makanan serta produk lain.

Alhamdulillah seller ni memang bagus. Barang dibungkus dengan tebal, kemas, dan cermat. 

Ini link kedai Shopee tu. Nahhh cepat serbu! https://shp.ee/3hcgtxt 




Post a Comment

8 Comments

  1. Emmmm....terliur tengok. Suka jeruk2 ni😋💕

    ReplyDelete
  2. Fuhh..pekat betul dia punya air jeruk tu. Sekarang ni semua barang boleh dibeli dishopee, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu pekat sebab jeruk homemade...guna gula melaka dan cili kering. Apa je yang takde kat shopee tu hehe.

      Delete
  3. Terus jadi teringin makan jeruk buah kundang. Kena cari ni...

    ReplyDelete
  4. ms mula-mula baca "kalau habis musim" ammi was like..eh kundang ada musim ke? rupa-rupanya ammi dok bayangkan kedondong haha..

    btw..salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ya ampunnnn tiba-tiba rasa terliur nak makan jeruk kedondong pulak. Nak kena cari ni.

      Salam perkenalan juga.

      Delete