Jangan Abaikan Apa Sahaja Emosi Atau Perasaan Yang Ada Dalam Diri Kita


JANGAN ABAIKAN apa sahaja emosi atau perasaan yang ada dalam diri kita. Hal ini penting supaya kita tidak terpengaruh dengan unsur toxic positivity.


Akui atau terima apa sahaja yang kita rasa pada waktu itu, sama ada baik atau tidak. Sebabnya apabila kita mengabaikan atau menafikan perasaan tersebut, boleh membuatkan kita rasa tidak selesa, dan mungkin akan menyebabkan tekanan yang berpanjangan.

Ya jika kita sedang marah, akui sahaja perasaan tersebut. Jika kita sedang kecewa, memang itulah perasaan kita pada waktu tersebut. Jika kita sedang bersedih, memang betul kita sedang bersedih.

Apa sahaja yang kita rasa adalah valid. Kita bebas untuk meluah emosi asalkan tidak membawa mudarat atau tidak melampau batas, kerana ekspresi emosi boleh melegakan ketegangan yang dialami pada waktu tersebut.

Luah sahaja mengikut keselesaan kita. Ada sesetengah orang dia suka bercakap. Ada sesetengah orang dia suka menulis apa yang dia rasa, yang terpendam di dalam hati.

Contohnya ada yang suka mengekspresikan perasaan melalui penulisan di media sosial, diari, novel, cerpen, lagu atau puisi. Ada juga yang lebih selesa bercerita kepada orang yang dipercayai, yang mampu mendengar dengan baik tanpa menghakimi.

Setiap orang ada caranya yang tersendiri, terpulang pada keselesaan masing-masing, asalkan tidak melebihi batas. Apa yang penting jangan terlalu lama memendam perasaan sehingga menjadi barah dalam jiwa.


Fokus untuk hidup bahagia dan jaga kesihatan mental okay!


Image by Myriams-Fotos from Pixabay