Beli Sarung Tangan Dapur di MR.DIY


Masuk kedai MR.DIY nak beli glove pink itu je. Ehhh tiba-tiba pulak ada gunting dapur, whisk, spatula, dan tisu basah.

Sebelum masuk tu aku cakap dengan suami, “abang nanti tunggu dalam kereta je la, masuk sekejap je ni nak beli glove je”

Suami pun cakap okay.

Tunggu punya tunggu aku tak muncul, sah janji dicapati. Tiba-tiba suami aku yang muncul kat belakang masa aku tengah pusing tengok barang hahaha.


Untuk pengetahuan sesiapa yang belum tahu, MR.DIY mula membuka kedai pertamanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada bulan Julai 2005. Kini semakin berkembang dan mempunyai lebih 800 buah kedai di seluruh Malaysia.

Senang cerita, mana sahaja tempat (kawasan pekan dan bandar) yang kita pergi pasti akan jumpa kedai MR.DIY ni.


Macam aku sendiri biasanya akan pergi ke kedai MR.DIY yang terletak di BMC Mall, Bandar Mahkota Cheras.

Aku suka masuk kedai MR.DIY sebab barangnya boleh dikatakan agak murah dan ada macam-macam jenis produk. Jadi kita boleh dapatkan apa yang kita nak dalam satu bumbung sahaja. Senang dan menjimatkan masa!


Bagi yang jauh atau takde masa, korang boleh cuci mata dan cuci poket secara online melalui kedai rasmi MR.DIY di Shopee okay.

Nah tekan link ni https://shope.ee/89uP8ta3gu