Singgah Makan di Pizza Anak Dol - Pizza Kayu Api Jerantut


Okay gaisss ini adalah posting tertangguh.


Pada 26 Februari yang lepas aku pergi bercuti ke Pahang bersama suami, mentua, dan ipar duai.

Semua orang bertolak dari rumah masing-masing. Ada yang dari Selangor, Melaka, Perak, dan Johor. Orang pertama yang bertolak ke Pahang adalah kami berdua.

Destinasi pertama adalah ke Jerantut iaitu rumah makcik suami aku. Di Jerantut kami duduk homestay selama 3 hari 2 malam. Makan minum semua kat rumah makcik suami aku. Homestay dekat je, dalam taman yang sama. Jalan kaki je kalau nak pergi ke rumah makcik suami.


Seperti biasa sebagai pencinta makanan, sebelum bergerak ke Jerantut aku dah siap-siap Google tempat makan menarik yang ada di sana. Mulanya bercadang nak ke Temerloh makan ikan patin masak tempoyak.

Lepas tu survey lagi, tadaaa jumpa pizza kayu api Anak Dol di Jerantut. Lokasi kedai pizza tersebut berada di laluan yang sama nak ke rumah makcik suami. Senang sekali jalan je, jadi tak payah la pergi ke Temerloh.



Kami order spaghetti Bolognese dan pizza. Pizza apa aku dah lupa hahaha. Ye lah makannya bulan Februari, bulan September baru nak update cerita pasal ni.

Sedap? Yes sedappp! Pizza Anak Dol ni tetap lembut dan gebu walaupun dah sejuk. Sebab kami juga ada beli bungkus bawa pergi ke rumah makcik suami. Bila dah sampai sana dah sejuk la pizza tu.

Kenapa dipanggil pizza kayu api? Sebab pizza ini dibakar secara tradisional menggunakan kayu api, bukan guna oven.



Jenuh perah otak menulis benda yang sudah tujuh bulan berlalu ni, nak recall satu persatu haha. Lepas habis bercuti 3 hari 2 malam di Jerantut, kami ke Kuantan pula. Next posting kita cerita pasal cuti-cuti Kuantan. 

Bagi sesiapa yang nak ke Jerantut boleh la singgah makan pizza kayu api Anak Dol ni. Dibuka setiap hari bermula jam 12 tengahari hingga 10 malam. Lokasinya di No. 1 & 3, Taman Teming Utama, Jerantut, Pahang. Nak senang waze aje pizza Anak Dol Jerantut.