Jika Perkara Itu Salah, Jangan Buat


Jika perkara itu salah, jangan buat.

Mesti ada yang cakap tapiii kita kan manusia mana pernah terlepas dari buat salah.

Ya betul kita manusia memang tak lepas dari buat kesalahan termasuk aku. Ada kesalahan yang tidak sengaja. Ada juga kesalahan yang disengajakan sebab tidak mampu mengawal diri. It’s okay, jadikan semua itu sebagai pengajaran dan pengalaman.

Apabila kita selalu buat silap dan tidak pernah mengambil pengajaran, lepas satu-satu masalah yang kita sendiri cipta, akibatnya kita juga yang pening dan serabut. Betul tak? Apa yang mampu kita kawal, kita cuba kawal sehabis baik.



Kesalahan yang aku maksudkan di atas adalah yang dalam kategori menzalimi diri sendiri. Contohnya apa?

Contohnya sanggup hidup bersama pasangan yang kaki pukul semata-mata kerana cinta. Kena bantai kena layan macam binatang pun takpe asalkan dapat hidup bersama. Jika kita sayang diri, please jauhkan diri dari orang macam tu.

Lagi? Sanggup bersama dengan pasangan yang dah rupa macam biawak hidup. Malas bekerja sedangkan sihat dan mampu bekerja. Duduk rumah terbongkang buat tahi mata. Isteri pulak yang kerja macam nak mati untuk bagi dia makan.

Ehhh tak payah la sis hidup dengan orang macam tu. Buka mata tu, sampai bila nak menyeksa diri untuk orang yang tak pernah menghargai. Tak berbaloi, buang masa, buang duit dan macam-macam masalah lagi akan timbul.

Lagi? Ditindas dan dibuli di tempat kerja tetapi masih juga nak kerja di situ walaupun dah sampai tahap stress sehingga menjejaskan kesihatan mental.

Lagi? Menipu, mencuri, ambil dadah, mabuk, curang dengan pasangan, memandu kenderaan secara bahaya hingga accident, dan seumpamanya.

Jika kita sayang diri, kita tak akan aniaya diri sendiri, tak akan biarkan orang lain pijak atau buat kita sesuka hati. Jika kita sayang diri, kita akan jaga diri dengan baik kerana diri kita adalah tanggungjawab kita.