Kita Mudah Menjadi Penat Apabila Emosi Terabai


Panas betul dua tiga hari ni walaupun cuaca di luar redup dan kadangkala hujan lebat. Sampai naik pening aku bila scroll facebook hahaha.

Kadangkala kita ni penat tak tentu hala dan tak tahu apa punca. Nak kata penat bekerja tidak, nak kata penat berfikir hal penting pun tidak.


Sebenarnya kita penat sebab tidak dapat mengurus emosi dalam diri. Emotional self-care sangat penting dalam kehidupan kita. Mengambil berat tentang keperluan emosi diri perlu diletak sebagai keutamaan terutamanya untuk kaum wanita.

Hal ini kerana apabila emosi terabai, kita akan jadi cepat letih dengan keadaan sekeliling, mudah rasa marah, sensitif, dan mudah rasa kecewa.

Aku baca komen siap ada yang tak puas hati sampai dia jadi terfikir-fikir tentang hal berkenaan.


Apa hasil yang kita dapat dengan menghabiskan masa berfikir tentang hal orang lain yang tidak ada kaitan dengan kita, dan ia di luar kawalan kita?

Sebab itulah kita jadi penat. Kita penat emosi, penat mental sebab semua ini melibatkan tenaga, dan kita telah salurkan tenaga itu ke arah yang tak sepatutnya.


Image by Anja from Pixabay


Jadi apa yang patut kita buat?

1. Kenal pasti apa yang boleh triggered emosi kita menjadi negatif. Hidup ini tentang pilihan. Kita boleh memilih untuk tidak membaca, melihat atau mendengar apa-apa yang boleh mengganggu emosi kita.


2. Praktis positive self-talk. Hati dan jiwa kita ni perlukan makanan yang baik-baik supaya kita tidak mudah terkesan dengan masalah orang lain. Kalau tak kita akan jadi cepat overthinking.

Overthinking ini tak bagus untuk kesihatan mental kita untuk jangka masa panjang. Ia boleh membawa kepada masalah keresahan (anxiety) dan kemurungan (depression).


3. Kalau dah tak mampu nak buat dua perkara di atas, boleh dapatkan bantuan dari pihak yang sepatutnya seperti kaunselor atau ahli psikologi untuk terapi.


Semoga bermanfaat!