Lepaskan Perkara Yang Di Luar Kawalan Kita


Lepaskan perkara yang di luar kawalan kita.

Kena ingat satu perkara. Kita tak boleh kawal orang lain, tapi kita boleh kawal diri sendiri. Jika kita banyak fokus kepada perkara yang di luar kawalan kita, kita nak orang lain jadi seperti apa yang kita mahu, ia boleh menyebabkan kita tertekan dan tidak bahagia.

Hidup kita akan stuck dekat situ je, tak boleh nak berkembang, dan terkongkong dalam situasi yang kita sendiri cipta. Sebab kita sibuk nak kawal orang lain, sibuk fikir kenapa begitu dan begini tentang orang, kenapa orang tak dengar cakap kita, sehingga kita terlupa nak fokus pada diri sendiri.

Contohnya, kenapa suami kita tak romantik, kenapa suami tak pernah bagi bunga, kenapa begitu kenapa begini. Suami orang lain best, itulah inilah. Lepas tu bergaduh sebab suami tak memenuhi expectation kita. Sentiasa ada sahaja perkara yang kita tak puas dan komplen komplen komplen.

Tak kisah la tak romantik pun asalkan bertanggungjawab dan boleh jaga anak isteri dengan baik, itu sudah cukup. Kita tak boleh ubah suami kita, tetapi kita boleh ubah diri kita, dan hidup bahagia dengan cara sendiri.


Sama juga dengan sesetengah orang yang bekerja. Ada sahaja perkara yang dia tak berkenan dalam syarikat. Asyik membebel merungut tak suka itu tak suka ini. Sampai diri sendiri tertekan. Tapi tetap juga ada di situ bertahun tahun. Yang senyap dan tenang pula yang berhenti kerja.

Dalam hidup ini kita ada pilihan. Keadaan tak akan berubah selagi kita tidak berubah.

Dan lagi satu kita tak boleh sesuka hati nak ubah polisi, peraturan atau apa sahaja tentang syarikat mengikut kehendak kita. Itu syarikat orang bukan syarikat kita. Tidak ada satu syarikat dalam dunia ini yang mampu memenuhi kehendak atau memuaskan hati semua pekerja, pasti akan ada kekurangan. Kecuali kalau syarikat tersebut menganiaya pekerja, boleh la kita ambil tindakan yang sewajarnya.


Apabila banyak sangat komplen hidup akan jadi serabut tak tentu hala. Jadi jika nak hidup tenang dan bebas, let go apa sahaja perkara yang di luar kawalan kita. Fokus baiki diri sendiri dan enjoy your life.

Dan apabila kita belajar untuk let go, kita akan menjadi lebih terbuka untuk menerima kepelbagaian dalam hidup, dan sedar tidak ada yang sempurna termasuk diri kita sendiri.