Hidup ini adalah tentang pilihan. Ada sesetengah orang cakap dia tak ada pilihan. Sebenarnya bukan tak ada pilihan, cuma dia tak nak pilih, tak tahu pilih atau tamak nak semua.
Begitu juga dengan baik dan buruk dalam kehidupan. Contohnya…
Kita ada pilihan untuk setia dan tidak curang dengan pasangan.
Kita ada pilihan untuk tidak merosakkan rumah tangga orang lain.
Kita ada pilihan untuk elak berjumpa dengan orang yang telah mengganggu kesihatan mental kita.
And the list goes on….
Jika kita memilih untuk buat perkara yang betul, banyak kebaikan akan datang dalam kehidupan kita. Jika kita memlilih untuk buat perkara yang salah, maka banyak keburukan akan berlaku dalam kehidupan kita.
Seperti bait dalam lagu Hitam Putih Kehidupan…
“Sekadar buat renungan untukmu teman tersayang, Hitam putih masa depan sendirian menentukan, Hidup ini usah persiakan”
Kita kan manusia biasa, pasti ada kesalahan yang dibuat. Ya betul. Tapi kalau dah berkali kali buat kesalahan yang sama, itu memang sengaja meletakkan diri dalam kebinasaan.
Jika kita sayang diri, kita akan jaga diri dengan baik kerana diri kita adalah tanggungjawab kita.